Minggu lalu, tular kisah seorang lelaki yang membeli burger jalanan untuk dijadikan kejutan sempena menyambut hari jadi isterinya menarik perhatian ramai netizen. Anda boleh membaca artikel tersebut di sini.

Namun, perkongsian tersebut bukan sahaja menarik perhatian ramai netizen, malah syarikat francais kek terkenal di Malaysia, Secret Recipe Malaysia turut tertarik dan meminta netizen mencarinya kerana pihak mereka ada merancang sesuatu kejutan buat lelaki itu.

ChHNb-IU8AA3JSR
HYPE
5 Idea Kreatif Bawa Anak-Anak Berhibur Ketika Cuti Sekolah
Baca lagi →

Hasil bantuan netizen di media sosial, pihak Secret Recipe memaklumkan sudah mendapat maklumat pasangan itu dari Yan, Kedah dan akan menemui mereka di cawangan Sungai Petani, semalam.

Lelaki yang dikenali sebagai Razif itu telah membawa isteri dan anaknya ke restoran berkenaan dengan disambut meriah oleh staf-staf yang bertugas.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Twitter Secret Recipe, Sebiji kek dihidangkan sebagai ganti kepada burger yang dibelinya pada malam tersebut.

Menerusi gambar yang dikongsikan di Twitter Secret Recipe, Riak wajah lelaki tersebut dan keluarga kelihatan gembira apabila diraikan dengan penuh meriah oleh semua yang berada di situ.

Sumber: Secret Recipe Malaysia

Sementara itu, netizen turut teruja melihat majlis sambutan hari jadi yang dianjurkan oleh Secret Recipe itu. Rata-rata netizen memuji usaha murni yang ditunjukkan oleh syarikat itu dan turut berterima kasih kepada pihak Secret Recipe kerana sudi menyambut hari jadi dan menaja kek untuk keluarga tersebut.

Terdahulu, kisah lelaki ini menjadi tular kerana tindakkan romantisnya membeli burger jalanan sebagai kejutan untuk menyambut hari jadi isteri menarik perhatian ramai. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Tidak Sempat Beli Kek, Burger Dipilih Sebagai Kejutan Untuk Sambut Hari Jadi Isteri

Tuah Melamar Di KFC, Pasangan Ini Tarik Perhatian Syarikat Besar Menaja Perkahwinan Mereka

Wajah Seiras Tanda Jodoh, Doktor Rungkai Fakta Mengapa Wajah Kita Mirip Pasangan

 

Anda Mungkin Suka