Klip video berdurasi 18 saat tular di media sosial yang menunjukkan seorang lelaki dipercayai bukan warganegara Malaysia berkeras enggan memakai pelitup muka di salah sebuah pasaraya di Ampang.

Menurut laporan KOSMO!, kejadian yang berlaku di Village Grocer M City itu terjadi selepas lelaki warga asing itu bertengkar dengan pengawal keselematan apabila diminta memakai pelitup muka.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dia yang berang dengan tindakan pengawal keselamatan telah bertindak memaki hamun dan mengeluarkan kata-kata kesat.

Klip itu kemudiannya dipotong ke lokasi seterusnya di dalam pasar raya, di mana dia kemudiannya berhadapan dengan seorang pekerja dan seorang pengawal keselamatan.

Lelaki warga asing itu kedengaran bertanya, “apa yang akan kamu lakukan?” dan apabila pengawal itu tidak berkata apa-apa, lelaki warga asing itu seolah-olah memberi isyarat bahawa mereka tidak boleh berbuat apa-apa.

Memakai pelitup muka di tempat awam adalah wajib di Malaysia

Mereka yang enggan memakainya boleh didenda di bawah Peraturan 16 (1) Kaedah-Kaedah Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2021. Ia boleh didenda sehingga RM1,000 atau penjara sehingga enam bulan atau kedua-duanya.

Sehingga berita ini ditulis, tidak diketahui sama ada pihak berkuasa mengenal pasti dan mengambil sebarang tindakan terhadap lelaki yang dirakam dalam video itu.

Degil tidak mahu pakai pelitup muka, minah saleh pilih sarung tudung untuk pergi kuliah. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Degil Tidak Mahu Pakai Pelitup Muka, Minah Saleh Pilih Sarung Tudung Untuk Pergi Kuliah

Tali Putus Ketika Promosi Secara ‘Live’, Netizen Persoalkan Kualiti Pelitup Muka Jovian

‘Sold Out’ Di Jepun, Pelitup Muka Uniqlo Akan Mula Dijual Di Malaysia 14 September 2020