Seorang lelaki warga Indonesia dihadapkan ke mahkamah atas 160 kesalahan serangan seksual ke atas lelaki dan sekurang-kurangnya 136 kes rogol dicatatkan.

Dia telah dipenjara untuk 30 tahun ke atas kesalahan dari Januari 2015 hingga Jun 2017 dan antara bukti yang dikemukakan adalah rakaman CCTV.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Reynhard Sinaga, 36 dilaporkan telah menyerang sekurang-kurangnya 160 mangsa dalam tempoh dua setengah tahun, lapor pihak polis.

Cara yang dilakukan oleh beliau adalah dengan mengajak mangsa untuk tidur dirumahnya di Montana House, Princess Street, dan memperkosa mereka.

Sinaga akan memberi mangsa dadah sebelum memulakan aktiviti jijik beliau sambil merakam aksi tersebut. Mahkamah menyifatkan bahawa Sinaga adalah orang yang ‘obses’ untuk merakam diri sendiri.

Kebanyakkan mangsa tidak sedar bahawa mereka telah dirogol oleh Sinaga setelah dimaklumkan oleh pihak polis yang merampas telefon Sinaga.

Seorang mangsa berkata, “dia bukan sahaja merogol saya tetapi dia juga telah mengambil langkah untuk memastikan perkara itu terjaga.

Bagaimanapun, saya harap ia tidak pernah berlaku – disebabkan oleh kekurangan memori saya malam itu, saya berjaya tidak mengingatinya, fikir saya – namun ramai orang, termasuk polis dan orang di mahkamah, telah melihat saya diperkosa.” Katanya.

Seorang lagi mangsa telah diperkosa lapan kali dalam tempoh enam jam selepas Sinaga bersetuju untuk membantunya selepas kad bank miliknya hilang.

Manakala seorang lagi mangsa tidak mengetahui bahawa beliau telah dirogol, pulang ke rumah teman wanitanya dan dituduh telah tidur dengan wanita lain.

_110312671_crimescenelivingroom
Keadaan rumah Sinaga – BBC

Untuk membuktikan bahawa dia tidak curang, mangsa membawa teman wanitanya kembali ke rumah Sinaga untuk berjumpa dengannya, tanpa menyedari apa yang telah berlaku.

Disebabkan kesan ubat, yang diberikan tanpa pengetahuan atau persetujuan mereka, ramai lelaki tidak sedarkan diri selama berjam-jam.

Semasa mereka tidak sedarkan diri, Sinaga akan merogol dan menyerang mereka berkali-kali.

Rakaman menunjukkan mangsa tidak bertindak balas semasa serangan dilakukan. Ada yang boleh didengar berdengkur. Dia juga dilaporkan telah mengambil beberapa keping gambar bogel mangsa.

_110313691_08586622-6adf-44dc-9a1b-e2c82a362fe9
BBC

Selepas itu, Sinaga akan berkunjung ke laman Facebook mangsa, mencatatkan butiran mangsa dan beberapa perkara lain.

Aktivitinya mula kantoi apabila salah seorang mangsa menyedari apa yang dilakukan oleh Sinaga lalu terus membuat laporan polis.

Sinaga telah didapati melakukan 160 kesalahan termasuk 136 kes rogol yang dirakam di dalam dua telefon bimbit – polis masih mengenal pasti 70 lagi mangsa rogol.

Ian Rushton, Timbalan Ketua Mahkamah, merujuk Sinaga sebagai “perogol yang paling produktif dalam sejarah perundangan British”.

Sementara itu, Priti Patel, Setiausaha Dalam Negeri menggesa Majlis Penasihat bebas agar memeriksa kawalan ke atas dadah jenis GHB (asid gamma-hidroksibutrik) yang dipercayai telah digunakan oleh Sinaga.

Hakim Goddard QC memberitahu mahkamah, “anda adalah binatang yang jahat yang telah memusnahkan masa depan para pemuda … Tindakan anda menunjukkan anda adalah orang yang berbahaya, sangat terganggu, dan sesat.”

Dihujung penghakiman, hakim menyatakan bahawa beliau sangat mahu menjatuhkan penjara seumur hidup kepada Sinaga tetapi kes itu kurang beberapa perkara yang membolehkan beliau berbuat demikian.

Terdahulu, kerajaan China menjalankan satu program yang jijik dan melanggar hak asasi manusia. Klik pautan di bawah untuk membaca.

Wanita Uighur Dakwa Kerajaan China Jalankan Program ‘Rogol Secara Besar-Besaran’

Filem ‘Room’ Kisah Benar Penderitaan Seorang Anak Dirogol Bapa Selama 24 Tahun

Peserta Boleh Bunuh, Rogol Dan Buat Apa Saja Dalam Rancangan Realiti Ini