Gejala rasuah sememang satu kesalahan besar yang sering kali berlaku tidak kira di mana pun. Gejala yang dikategorikan sebagai jenayah ini kian merebak seperti cendawan tumbuh selepas hujan.

Terbaru menerusi Hishamuddin Ahmad Zaki kongsi satu kejadian cubaan seorang lelaki warga Myanmar yang cuba untuk memberi suapan kepada anggota polis trafik yang menahannya. Walaupun sudah ditegur untuk tidak memberi rasuah, lelaki itu tetap berdegil dan seterusnya ditahan untuk diserahkan kepada pihak SPRM.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
Sumber: Facebook Hishamuddin Ahmad Zaki

Kejadian dikatakan berlaku pada 13 November 2019, jam 11.50 pagi. Bahagian Siasatan dan Penguatkuasa Trafik, IPD Kuala Kangsar yang menjalankan Op Penguatkuasaan lalulintas di Jalan Daeng Selili telah menahan sebuah motosikal jenis Yamaha LC warna merah. Motosikal tersebut ditunggangi oleh lelaki warga Myanmar.

Hasil pemeriksaan mendapati Warga Myanmar tersebut tidak mempunyai lesen memandu dan lelaki tersebut telah cuba memberi suapan kepada pegawai polis bertugas dengan memberikan wang tunai berjumlah RM 50.00 kepada anggota polis berkenaan.

Sumber: Facebook Hishamuddin Ahmad Zaki

Pegawai Polis telah memberi amaran kepada warga Myanmar tersebut beberapa kali supaya jangan memaksa pihak polis menerima rasuah tetapi lelaki tersebut masih berkeras. Oleh yang demikian, pegawai polis tersebut telah membuat tangkapan keatas warga Myanmar itu kerana cubaan memberi suapan kepada anggota polis yang sedang menjalankan tugas. Lelaki warganegara Myanmar itu diserahkan kepada pihak SPRM Ipoh.

Rata-rata netizen memuji tindakan pegawai polis berkenaan yang telah menolak huluran suapan lelaki warganegara Myanmar yang bernilai RM50 tersebut.

Terdahulu, seorang lelaki disiasat polis kerana dituduh ‘hack’ sistem pesanan Domino’s. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Lelaki Ini Kongsi Pengalaman Disiasat Polis Kerana Dituduh ‘Hack’ Sistem Pesanan Domino’s

Lebih 150 Das Tembakan Dilepaskan, Pegawai Polis Yang Menahan Anak El Chapo Mati Dibunuh

Wanita Ini Ditangkap ‘Kantoi’ Seludup Dadah Dalam Durian