Bilionair Warren Buffett sekali lagi membuka peluang untuk makan tengahari paling mahal dalam dunia bersama beliau untuk mengumpul wang untuk badan amal San Francisco yang membantu golongan miskin dan gelandangan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Sejak 15 tahun yang lalu, lelongan makan tengahari bersama Buffett telah berjaya mengumpul $17.9 juta untuk Yayasan Glide. Buffett berkata Glide telah menunjukkan keputusan luar biasa dalam membantu “orang-orang yang tiada tempat dalam masyarakat.”

Lelongan makan tengahari tahunan yang ke 16 ini bermula pada Ahad lepas di eBay pada harga $25,000 dan akan berakhir pada Jumaat 9:30 malam CDT.

Berikut adalah beberapa fakta tentang lelongan ini:

Makan Tengahari Juta Dollar

Pemenang lelongan tahun lepas membayar $2,166,766 untuk makan tengahari peribadi dengan Buffett, pelabur yang mengetuai konglomerat Berkshire Hathaway.

Jumlah itu adalah satu lonjakan besar daripada nilai $1,000,100 yang dibayar oleh pemenang tahun 2013, tetapi jauh lebih rendah daripada nilai yang dibayar pada tahun 2012 iaitu sebanyak $ 3,456,789 – item amal paling mahal yang pernah dijual di eBay.

Jika nilai lelongan tahun ini menyamai nilai tahun lepas, bermakna Buffett telah berjaya mengumpul lebih daripada $20 juta untuk Yayasan Glide selama beberapa tahun ini.

Perspektif Tidak Ternilai

Buffett dianggap sebagai salah seorang pelabur paling berjaya dalam dunia, dan keputusan beliau untuk memberikan sebahagian besar daripada kekayaannya kepada Bill and Melinda Gates Foundation dan empat yayasan yang dikendalikan oleh keluarga beliau menjadikan beliau salah seorang dermawan paling besar pernah wujud dalam dunia. Satu-satunya perkara yang tidak boleh dibincangkan semasa makan tengah hari itu adalah perancangan pelaburan Buffett pada masa hadapan, tetapi topik-topik lain boleh dibicangkan secara terbuka dan Buffett akan menjawab soalan selama beberapa jam.

Steak Serius

Pemenang lelongan makan tengah hari selalunya akan menikmati hidangan mereka di Smith & Wollensky steakhouse di New York City, yang menderma sekurang-kurangnya $10,000 kepada Glide setiap tahun.

Terdapat beberapa pemenang lalu yang ingin kekal tidak dikenali dan memilih untuk makan di restoran stik kegemaran Buffett berhampiran rumah beliau di Omaha, Nebraska.

Salah seorang daripada pemenang, Ted Weschler , ditawarkan peluang pekerjaan daripada Buffett selepas dia membayar hampir $5.3 juta untuk lelongan tahun 2010 dan 2011. Buffett berkata, dia tidak mungkin menawarkan pekerjaan kepada pemenang lelongan yang lain, dan memuji hasil kerja Weschler sebagai pengurus pelaburan untuk Berkshire .

Pemenang boleh membawa sehingga tujuh rakan-rakan.

Anda boleh ikuti perkembangan lelongan makan tengahari dengan Warren Buffett di sini.

BACA: Ramai Orang Tahu Nasihat Warren Buffett Yang Ini. Tapi Tak Ramai Yang Faham Dan Praktikkan

BACA Lagi: Senarai Terkini 10 Manusia Paling Kaya di Muka Bumi Tahun 2015

Sumber: NBC

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram