Selamat Hari Raya Aidilfitri kepada anda semua!

Seminggu sudah Syawal berlalu, bagaimanakah dengan raya anda pada kali ini? Kami harapkan Syawal anda penuh bermakna pada tahun ini.

HariRayaCard-650

Cukup seminggu Vocket Makan berehat, kini kami ingin kongsikan kepada anda semua menu dan lokasi makanan yang ingin kami review. Disebabkan kita masih berada dalam mood raya, Vocket Makan akan review makanan menarik sempena hari raya ini.

BACA: Vocket Makan… Putu Bambu Mama Bandar Tun Hussein Onn

Awal raya lepas kami tidak sempat menikmati lemang. Jadi kami bercadang untuk dapatkan lemang di sekitar Lembah Klang ini. Kami terjumpa dengan satu gerai yang menjual lemang di kawasan Bandar Tun Hussein Onn, Cheras. Gerai ini berada di simpang lampu isyarat antara Bukit Cheras dan Cheras Utama.

Kawasan ini boleh dikatakan strategik kerana berada di persimpangan. Banyak kenderaan yang lalu lalang di kawasan ini akan berhenti untuk membeli lemang di gerai ini.

12

8

Ada pelbagai saiz dari yang berharga RM15 hingga RM18. Gerai ini dibuka 24 jam. Boleh dikatakan setiap kali anda lalu di kawasan ini, pasti akan terlihat lemang yang sedang dibakar.

4

1

Untuk lauknya pula terdapat 3 jenis iaitu rendang daging, rendang ayam dan serunding. Rendang daging berharga RM20 dan rendang ayam berharga RM12. Kami beli satu batang lemang berharga RM15 dan sebungkus rendang ayam untuk dibawa pulang dinikmati bersama keluarga.

BACA: Nasi Kandar Line Clear Buka Cawangan Di Kampung Baru, KL

10

2

Lemang yang dibawa pulang telah siap dipotong supaya lebih mudah dimakan. Bau beras pulut selepas dibakar dalam buluh dan balutan daun pisang memang menambat selera kami. Walaupun kami beli sebatang berharga RM15 ini adalah yang bersaiz paling kecil, namun portionnya memang banyak.

9

3

Bau rendang ayam ini pula memang terserlah rempah-rempahnya seperti bau daun kunyit dan kerisik. Kuahnya agak sedikit kering mungkin kerana lama ianya dimasak.

6

7

5

Rasa lemangnya sahaja memang penuh lemak. Kami makan lemang bersama rendang ayam. Memang kena kombinasi kedua-dua jenis makanan ini. Rendangnya agak pedas cuma kami dapat kurang kuah daripada gerai tadi. Kalau dapat lebih kuah rendang dicampur dengan serunding pasti lebih enak. Ayam yang digunakan mungkin ayam kampung kerana isinya berasa sedikit liat.

Sekiranya anda ingin menikmati lemang dan rendang di gerai ini, boleh pergi ke lokasi ini (waze).

BACA: Steak Wagyu Dan Minuman Free Flow Di Restoran Me’nate Steak Hub Starparc Point

BACA juga: Jom Makan: Aplikasi Bantu Cari Tempat Makan Di Malaysia

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram