Isu Touch ‘n Go yang selalu disuarakan oleh rakyat Malaysia ini bukan satu isu baru. Perbincangan mengenai masalah betapa tidak cekapnya sistem ini sudah berlangsung lama sehingga tujuan utamanya yang sepatutnya menyenangkan hidup rakyat Malaysia, tetapi kini sudah bertukar menjadi beban sehingga tahap menyusahkan.

Perkara ini sudah disuarakan lama, The Vocket sendiri pernah menyuarakan ketidakpuasan hati masyarakat Malaysia mengenai sistem Touch ‘n Go yang tidak cekap, lembap dan gagal mengikut peredaran zaman. Mungkin disebabkan Touch ‘n Go berjaya memonopoli perniagaan ini, jadi mereka fikir komen-komen buruk yang disuarakan rakyat Malaysia tidak patut dilayan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Terbaharu, bekas Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Kota Buku yang juga bekas calon Parlimen Masjid Tanah menyuarakan rasa tidak puas hati beliau kepada Touch ‘n Go yang didakwa olehnya wajib dihapuskan oleh kerajaan baharu yang dipimpin oleh Perdana Menter, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Menteri Pengantun, Athony Loke.

Melalui satu hantaran Facebook, Mutalib menyatakan 10 sebab kenapa Touch ‘n Go wajib dihapuskan oleh kerajaan sekarang. Di dalam senarai tersebut, antara perkara utama yang menjadi isu adalah sistem tambah nilai yang tidak cekap, kad Touch ‘n Go NFC yang sering kehabisan stok dan caj tambahan yang dikenakan.

“Banyak-banyak monopoli, monopoli Touch n Go lah perkara nombor wahid, kerajaan perpaduan PMX WAJIB hapuskan,” katanya sebelum menyenaraikan 10 sebab kenapa Touch N Go wajib dihapuskan dan diganti dengan satu sistem yang lebih baik untuk kelangsungan hidup rakyat Malaysia.

10 sebab terbabit yang disenaraikan oleh Mutalib di akaun Facebook miliknya adalah:

  1. Buat lorong RFID konon untuk melancarkan trafik tapi lorong RFID paling jem. Lorong RFID ini pula sensor macam lahanat, lambat detect. Kena undur 3-4 kali baru lepas.
  2. Kad Touch n Go versi bodo, tak boleh top up online.
  3. Highway PLUS tak boleh pakai TnG eWallet. Highway bodo je boleh dan kenapa kat Highway ini boleh pakai TnG sahaja? Why Anthony Loke / Natang Linggi why?
  4. Bila top up TnG eWallet, lepas 30 minit baru boleh guna (kes bayar Tol guna Smart Tag).
  5. Kad Touch n Go NFC manjang tak ada stock, kau print 5 lai sebulan sahaja kah sial?
  6. Untuk topup kad TnG bodo itu, pergi kaunter topup, servis offline, pergi kiosk layan diri, debit card/qrpay tak boleh pakai. Topup di pam minyak, ada service charge 50sen. Tech company my ass.
  7. Bayar parking guna kad TnG ada surcharge 10%.
  8. Bila baki kurang. muka jurutol kemain langsi dan kita cakap “nak topup sini boleh tak?” “Tak boleh” jawabnya sambil menjeling. Habis tu kau bukak tol bahagian tepi jadah apa? Dah satu hal nak kena undur dan menyusahkan lane. Kita bukanya tak aware nak top up, tapi kau rujuk perkara no.6.
  9. Nak topup kad TnG bodo kat stesen minyak tak boleh pakai kad atau QR Pay, kena pakai cash. Kau hidup zaman bila sial jenis bawa cash banyak-banyak
  10. Kalian harus tahu bahawa setiap Kad TnG ada expired date dan nak refund sebab kad expired ini macam minta sedekah.

Catatan yang dibuat oleh beliau telah mendapat perhatian netizen di Facebook dengan rata-rata menyokong agar Touch N Go dihapuskan kerana telah menyusahkan rakyat Malaysia.

Melalui salah satu komen, seorang pengguna rakyat Malaysia menyatakan bahawa kuasa monopoli Touch N Go ini sama ‘bangangnya’ dengan monopoli syarikat yang membuat pelekat roadtax.

Manakala dalam satu komen yang lain, seorang pengguna Facebook menceritakan pengalaman beliau terpaksa menambah nilai kad Touch N Go walaupun di dalam apikasi eWallet Touch N Go sudah mempunyai baki cukup untuk menggunakan perkhidmatan tersebut.

Untuk rekod, Touch N Go sudah dilancarkan sejak Mac 1997 lagi dan daripada tarikh tersebut sehingga hari ini, syarikat monopoli Touch N Go ini sudah menyusahkan rakyat Malaysia selama 26 tahun.