Pengguna aktif media sosial pasti mengetahui mengenai bantahan oleh orang ramai menggni tayangan filem terbaharu lakonan Shaheizy Sam dan Zizan Razak ‘Polis Evo’. Bantahan dibuat kerana orang ramai memepersoalkan mengapa perlu mengetengahkan watak orang Islam sebagai pengganas.

Walau bagaimanapun, keputusan pihak Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF) telah memberi kelulusan bersih dan boleh tayang mengikut jadual. Filem ini juga diberikan klasifikasi P13, penonton di bawah 13 tahun memerlukan pengawasan dan bimbingan ibu bapa atau penjaga ketika menonton.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
capture-20181115-104458
sumber: Lembaga penapisan filem

LPF memberitahu hasil penilitian dan penilaian, filem tersebut tidak mengandungi sebarang elemen yang boleh memburukkan imej agama Islam dan tidak bercanggah daripada Garis Panduan Penapisan Filem. Polis Evo 2 masih mengekalkan dua watak utama seperti siri sebelum ini dan dijadualkan ditayang pada 22 November ini.