Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Sebut mengenai Chef Ammar pasti orang ramai cukup mengenalinya. Terkenal dengan tagline ‘masak dari hati’ serta masakan Nasi Arab berjaya membuatkan orang ramai sanggup beratur panjang sehingga lebih 3 jam dalam mendapatkan masakannya.

Di sebalik keenakan masakan yang disajikan, beliau Chef Ammar juga nampaknya tidak terlepas daripada terpalit dengan kritikan pembeli. Terbaharu, beliau sekali masakan Restoran Chef Ammar sekali lagi menjadi perhatian apabila hidangan kunafa bersama keju dan sirap tular di TikTok.

Menerusi perkongsian TikTok @faruqyusof, lelaki ini memaklumkan beliau telah membeli dua kunafa dengan jumlah harga RM56. Walau bagaimanapun, servis Restoran Chef Ammar serta hidangan kunafa yang lembik dan rapuh membuatkan beliau tidak berpuas hati dengan pembeliannya.

HYPE
Berjaya Bantu Pelajar Lulus Cemerlang, MCPlus Tampil Dengan Seminar SPM Terbesar Malaysia
Baca lagi →
@faruqyusof

@chefammarali allert la…harga kayangan28.00!! tp servise,hmmmmm….dngn sejuk hancur!!

♬ bunyi asal – FaRuqYusof – FaRuqYusof

Perkongsian lelaki ini turut meraih perhatian netizen yang mempersoalkan hidangan restoran yang mendakwa menggunakan bahan premium tersebut.

Terdapat netizen yang menyamakan kunafa yang dibeli seakan sama dengan kek Apollo manakala terdapat juga netizen yang memaklumkan pembelian beliau di restoran yang sama berjaya diterima dalam keadaan yang baik. Sementara itu, Chef Ammar turut memaklumkan agar lelaki ini menghubungi beliau untuk bertemu dengannya secara berdepan.

Sumber: TikTok @faruqyusof
Sumber: TikTok @faruqyusof
Sumber: TikTok @faruqyusof

Setakat artikel ditulis, Chef Ammar masih belum memberi sebarang respon mengenai kunafa yang dijual di restorannya. Diharapkan isu ini dapat diselesaikan sebaiknya dalam memberi keadilan buat para pembeli.

Untuk pengetahuan, ini bukanlah pertama kali Chef Ammar menjadi sebutan netizen dan tular. Sebelum ini, beliau didakwa meraih sehingga RM90,000 sehari menerusi jualan Nasi Arab Chef Ammar pada bulan Ramadan.

Cecah RM90,000 Sehari, Ini Jangkaan Jualan Nasi Arab Chef Ammar Untuk Sebulan

Kecewa Dituduh Jual Harga Tel Aviv, Chef Ammar Jelaskan Mengapa Juadahnya Dijual Mahal

Pertikai Kena Bayar Untuk ‘Take Away’, Chef Ammar Jelaskan Sebab Caj Tambahan Dikenakan