Industri pelancongan antara industri yang terkesan akibat penularan wabak COVID-19. Banyak pihak terjejas dan kehilangan punca pendapatan dilaporkan hari demi hari.

Malah, baru-baru ini juga kita dikejutkan dengan berita pemberhentian pekerja syarikat penerbangan Malindo. Tidak dapat dinafikan bahawa syarikat penerbangan kini berdepan dengan kerugian kerana tidak dapat terbang seperti biasa.

Oleh itu, perkongsian seorang pengguna Facebook Mohamad Zawawi Ahmad mendapat perhatian netizen. Menerusi perkongsiannya itu, anaknya seorang juruterbang kini tampil dengan gerai Kapten Corner.

Gerai tersebut terletak di USJ11 dan anaknya, Kapten Azrin membuka gerai serta memakai dengan lengkap pakaian seragamnya kerana tidak tahu bila lagi boleh menyarung seragam tersebut.

Lantaran perkongsian tersebut, para netizen memberikan kata-kata semangat kepada Kapten Azrin dan mendoakan yang terbaik untuk dirinya. Malah, rata-rata netizen bangga dengan apa yang beliau lakukan.

Screenshot 2020-11-03 at 4.19.58 PM

Screenshot 2020-11-03 at 4.20.12 PM

Bagi anda yang berada berdekatan, bolehlah singgah sebagai tanda sokongan! Diharap anda diluar sana yang kehilangan kerja tidak berputus asa dan bersemangat untuk mencari peluang lain.

Sementara itu, kami kongsikan kisah inspirasi lain pada pautan di bawah ini.

11 Tahun Keliling Dunia, Kisah Juruterbang Yang Kini Jadi ‘Pilot’ Van Jenazah Curi Perhatian Netizen

Dari Kedai Kecil Ke Bursa Malaysia, Ini Kisah Permulaan MR DIY Yang Ramai Tidak Tahu

Pernah Koma Selama 6 Bulan, Kisah Tidak Putus Asa Petugas Stesen Minyak Ini Sentuh Hati Netizen