Adakah anda tahu ada keretapi mewah dari Singapura ke Thailand berharga RM12,000 dengan perjalanan selama 3 hari 2 malam? Mesti ada daripada anda yang terkejut melihat harganya.

Apa kata anda cuba koc mewah yang baru sahaja ditawarkan oleh KTMB kepada penumpang setianya untuk perjalanan ke Thailand yang pastinya akan memberikan anda pengalaman berbeza daripada hanya menaiki koc biasa.

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, koc mewah ini dilengkapi dengan bilik peribadi, bilik mandi, restoran dan juga bilik karaoke. Anda akan berasa lebih selesa menaiki koc mewah ini.

Sumber gambar: Travel Rookies
Sumber gambar: Travel Rookies
Sumber gambar: Travel Rookies
Sumber gambar: Travel Rookies

Dapat dilihat, koc mewah tersebut mengetengahkan rekaan tema zaman Victoria dan harganya juga dikatakan berpatutan. Buat sementara waktu, tempahan boleh dibuat melalui panggilan telefon di talian +603-22631078.

Koc mewah ini hanya boleh didapati di tren elektrik KTMB, dan bilangan tren mungkin ditambah berdasarkan permintaan orang ramai.