Tarikh 31 Ogos setiap tahun adalah hari yang penuh bermakna buat seluruh rakyat Malaysia- di mana seluruh masyarakat akan menyambut hari kebangsaan dan memperingati detik kemerdekaan negara kita yang dicapai pada 1957 dahulu.

Sambutan hari kebangsaan di negara kita memang sentiasa saja dilakukan dengan unik walaupun terdapat sedikit kelainan untuk tahun ini memandangkan kita masih berhadapan dengan pandemik.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →
AL-SULTAN ABDULLAH RI’AYATUDDIN AL-MUSTAFA BILLAH SHAH 
Sambutan Hari Kebangsaan 2020 di Dataran Pahlawan Negara hari ini. FOTO: BERNAMA

Bagaimanapun, pandemik yang sedang melanda seluruh dunia ketika ini tidak menghalang sekumpulan lelaki daripada Palestin ini untuk menghadiahkan ucapan hari kebangsaan buat rakyat Malaysia.

Melalui satu perkongsian video di Twitter, sekumpulan lelaki tersebut berkongsikan ucapan ‘Selamat Hari Merdeka Malaysia’ yang dihasilkan menggunakan pasir pantai.

merdeka1

Tidak sahaja memberikan ucapan, namun hasil kerja yang menggunakan pasir pantai itu turut disertakan dengan Jalur Gemilang dan bendera Palestin di atasnya.

Ucapan tersebut turut dikongsikan kembali di Twitter Palestinian Cultural Organization Malaysia (PCOM) dengan kapsyen ‘istimewa dari bumi Palestin.

Anda boleh menonton perkongsian penuh proses penghasilan ucapan kemerdekaan buat Malaysia di bawah.

Tonton juga video kemerdekaan dari Digi ini yang akan membuatkan anda bangga menjadi rakyat Malaysia di pautan di bawah.

Video Merdeka Keluaran Digi Ini Bakal Buat Anda Bangga Jadi Rakyat Malaysia

Kemerduan Guru Ini Dendangkan Syair Merdeka Curi Perhatian Netizen

Nama ‘Merdeka’ Bawa Tuah, Sebut 3 Kali Boleh Pesan Apa Sahaja Secara Percuma

Sumber