Daripada sambutan Hari Raya, Deepavali sehingga Tahun Baru Cina, kita pasti akan dapat merasai kemeriahannya hasil kepelbagaian bangsa dan kaum yang terdapat di negara kita.

Selain daripada kemeriahan sambutan (dan cuti umum), iklan atau filem pendek yang dihasilkan sempena sambutan perayaan ini juga menjadi salah satu perkara wajib yang dinantikan kita semua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Seperti tahun dan perayaan lain sebelum ini, TNB baru-baru ini tampil dengan filem pendek berjudul Nian-tastic New Start yang dihasilkan bersempena sambutan Tahun Baru Cina yang akan tiba tidak lama lagi.

3

Ia mengisahkan sekumpulan penduduk kampung yang ketakutan pergi mengembara bagi mendapatkan pertolongan seorang mahaguru yang bijaksana, dengan anggapan bahawa dia mengetahui rahsia cara mengalahkan Nian untuk mengembalikan keharmonian dan kesejahteraan kampung mereka.

Bagaimanapun, mereka terkejut apabila mengetahui mereka sudahpun mempunyai kuasa untuk mengalahkan raksasa itu selama ini, iaitu dengan bersatu sebagai satu komuniti serta mempamerkan semangat kegembiraan dan sikap positif untuk menghadapi raksasa itu.

Lengkap dengan jenaka

Berdurasi hampir lima minit, filem pendek ini secara ringkasnya mengimbau kembali cerita rakyat mengenai raksasa mitos Nian, yang menggangu orang ramai pada setiap malam Tahun Baru Cina dengan sentuhan jenaka.

Antara jenaka yang paling mencuri tumpuan adalah apabila penduduk kampung terpaksa mengimbas suhu sebelum masuk berjumpa dengan seorang mahaguru di dalam gua.

2
Babak imbas suhu yang mencuit hati.

Mula dimuatnaik pada awal bulan ini di beberapa platform media sosial, filem pendek bertajuk ‘Nian-tastic New Start’ itu sudah pun mendapat lebih 3 juta tontonan di YouTube.

Diarahkan pengarah berkaliber Quek Shio Chuan, filem pendek ini sarat dengan nasihat dan cerita rakyat itu mengetengahkan semangat kegembiraan dan perpaduan yang menjadi asas kepada tradisi Tahun Baru Cina.

Anda boleh menonton kembali filem pendek berkenaan menerusi saluran YouTube TENAGAofficial melalui pautan yang disediakan di bawah.

Tonton juga iklan-iklan sempena sambutan perayaan Tahun Baru Cina yang pernah kami kongsikan sebelum ini melalui pautan di bawah.

5 Iklan Pilihan Vocket Sempena Tahun Baru Cina 2018

Ini Mungkin Iklan Tahun Baru Cina Terbaik Untuk 2019

‘Dengan Tulus Ikhlas’ Mungkin Iklan Tahun Baru Cina Terbaik Setakat Ini