Dimana ada kemahuan disitu ada jalannya. Mungkin itulah pepatah yang sesuai diberikan buat sekumpulan anak muda Malaysia yang menyertai permainan video atas talian Grand Theft Auto V atau GTA 5 apabila berjaya menganjurkan majlis perkahwinan secara virtual baru-baru ini.

Kepada mereka yang biasa menonton penstriman permainan video di Facebook, anda mungkin sudah terbiasa dengan telatah anak-anak muda yang biasanya menjadi sesiapa sahaja yang mereka mahukan dalam permainan popular ini.

65f679966446cec9887388afc81b2a8f
HYPE
SmartHeart REFINE, Makanan Basah PREMIUM Dalam Pouch Untuk Si Comel Anda
Baca lagi →

kahwin1

Namun kali ini pemain-pemain  yang menggunakan server MYRP itu melakukan sesuatu yang luar daripada kebiasaan apabila menganjurkan majlis perkahwinan virtual yang disertai hampir 50 pemain seperti lapor MalayMail.

Apa yang menariknya, majlis perkahwinan virtual itu turut mempunyai sesi berpantun dan pelbagai kebiasaan lain seperti khemah dan meja bufet untuk para tetamu yang menghadiri majlis tersebut.

buffet

Malah pemain juga diagihkan kepada kumpulan pengantin lelaki dan juga pengantin perempuan di mana mereka berjual beli pantun sebelum dibenarkan masuk ke kawasan rumah pengantin perempuan.

“Ketika perkahwinan tersebut terdapat lebih kurang 40 hingga 50 pemain dan server tersebut mampu menampung sehingga 120 pemain untuk satu-satu masa,” jelas Noor Azwan Mohd Noor.

Walaupun majlis tersebut hanyalah olok-olok namun ianya mungkin sedikit sebanyak dapat melepaskan rindu mereka yang sudah lama tidak mengunjungi kenduri-kenduri kahwin dek kerana perintah kawalan pergerakan ketika ini.

Untuk rekod, MYRP adalah server pertama yang mempunyai sentuhan anak Malaysia di dalamnya yang kini turut menjadi ikutan server lain.

Selain itu, mereka juga kini dikhabarkan dalam perancangan untuk membina mod hari raya dan suasana kampung bagi permainan tersebut yang akan dibangunkan oleh Arief Solehin Isma Danial menggunakan FiveM.

Tonton video penuh perkahwinan virtual ini di bawah.

Baca mengenai permainan video dihasilkan anak tempatan yang memuatkan wira negara Leftenan Adnan sebagai watak utama di dalamnya. Klik pautan di bawah untuk membaca mengenainya. 

Permainan Video ‘Leftenan Adnan’ Rekaan Anak Tempatan Curi Perhatian Netizen

Pasukan ‘PUBG Mobile’ Malaysia Ini Raih RM172,000 Selepas Muncul Terbaik Asia Tenggara

8 Tahun Selepas Dilancarkan, ‘Game’ Ini Kembali Popular Kerana Coronavirus

Anda Mungkin Suka