Sejak kelmarin, sebuah penginapan Airbnb telah tular di media sosial disebabkan penawarannya yang cukup unik. Mana tidaknya, penginapan tersebut lengkap dengan pantai mini buatan yang pastinya memberikan pengalaman menarik kepada pengunjungnya.

Penginapan Airbnb tersebut dikenali sebagai TTS Beach Village dan terletak di Semenyih. Lokasinya hanyalah kira-kira 40 minit perjalanan dari Pusat Bandar Kuala Lumpur dan sangat sesuai untuk mereka yang mahu lari dari hiruk pikuk kota.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Untuk pengetahuan anda, penginapan ini boleh memuatkan maksimum sehingga 26 orang dan mempunyai 5 bilik tidur berhawa dingin dengan 22 katil. Boleh dikatakan penginapan ini cukup besar dan bolehlah anda bersama keluarga atau rakan ‘staycation’ di sini.

Selain daripada pantai mini buatan, penginapan ini juga memiliki kolam renang dan juga jakuzi. Kiranya, memang banyak kemudahan yang boleh anda gunakan ketika menginap di sini.

Selain itu, kemudahan ruangan BBQ, tasik memancing, dapur memasak dan steamboat juga tersedia. Malah, perkakas memasak disini siap ada khusus untuk barangan halal maka tidak perlu risau kalau bercampur dengan barangan basah tetamu sebelum ini. Jom lihat gambar-gambar di kawasan penginapan ini:

Bagi anda yang tertarik dan mahu cuba menginap di sini, anda bolehlah membuat tempahan di sini dan hasil tinjauan kami, harga penginapan satu malam di sini adalah RM1,713 sahaja.