Setiap kali bermulanya musim persekolahan, pasti ada sahaja idea dan kreativiti para guru dalam menceriakan kelas. Semuanya dilakukan dalam membolehkan para pelajar belajar dalam keadaan yang selesa. Cat semula kelas atau membuat susun atur yang berbeza antara yang sering dilakukan.

Dalam pada itu, guru yang berkongsi hasil kerja menerusi TikTok @hanifazahar777 ini mengambil pendekatan yang berbeza dengan menghias kelas bertemakan adiwira Avengers.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Baca Juga:

Sumber: TikTok @hanifazahar777

Beliau memaklumkan pada awalnya berminat untuk menghias kelas mengikut tema angkasa lepas, laut atau hutan rimba. Dalam pada itu, beliau memilih untuk menggunakan tema yang lebih dekat dengan pelajar iaitu Avengers.

Guru ini dilihat telah membahagikan susunan meja kepada 6 bahagian di mana setiap satu meja diwakili oleh satu adiwira. Antara Avengers yang menjadi pilihan adalah Spiderman, Iron Man, Hulk, Captain Marvel, Thor dan Black Panther.

Sumber: TikTok @hanifazahar777
Sumber: TikTok @hanifazahar777
Sumber: TikTok @hanifazahar777

Bukan itu sahaja, guru ini turut menghias pada bahagian belakang kelas, carta organisasi, jadual waktu serta peti aduan mengikut tema yang sama. Menurut guru ini, setiap pelajar adalah adiwira di mana setiap pelajar perlu sentiasa bertanggungjawab.

Perkongsian kreatif yang dibuat telah meraih pelbagai respon di kalangan netizen di mana rata-ratanya kagum dan teruja dengan hasil yang diusahakan. Tidak kurang juga yang memaklumkan sanggup menjadi murid semula dengan kelas yang selesa dan ceria seperti ini.

Menerima respon yang positif, guru ini turut berterima kasih kepada para netizen serta memaklumkan 80% daripada hasil kelas ini berjaya dijayakan menerusi penerimaan sumbangan oleh para ibu bapa. Semoga para pelajar kelas ini dapat memanfaatkan kelas yang ceria ini sekaligus berpeluang belajar dengan lebih selesa.