Follow Untuk Isu-isu Viral Kemaskini Terkini

Pulau Pinang dilabel sebagai ‘syurga makanan’ disebabkan banyak makanan yang boleh didapati di sini dan terdapat banyak tempat tarikan yang boleh dikunjungi.

Artikel Berkaitan:

Terbaharu, seorang pengguna TikTok @fatinrsyfqh telah berkongsi sebuah video yang menunjukkan kafe yang cukup cantik di Pulau Pinang. Menariknya, pengunjung di kafe tersebut dapat nikmati makanan mereka sambil melihat keindahan alam semulajadi.

@fatinrsyfqh

a cafe overlooking a beautiful turquoise lake 😍 #penang #cafehoppingmalaysia

♬ Sempurna – DENII

Jika anda dapat tempat duduk di luar, anda akan dapat melihat kehijauan tasik dan alam semulajadi. Tidak hanya itu, setiap sudut di kafe ini amat sesuai untuk anda yang suka bergambar.

Untuk pengetahuan anda, The Lake Cafe ini dibuka setiap hari kecuali Selasa bermula pada jam 10 pagi sehingga 5 petang tetapi anda perlu membuat tempahan dahulu di Instagram mereka. Buat anda yang ingin nikmati minum petang anda sambil membaca buku dengan tenang, inilah kafe yang harus anda kunjungi.