Honda Malaysia membuka tempahan untuk model Honda City RS 2020 sekitar bulan Ogos tahun lalu. Diikuti pula dengan pelancaran rasmi pasaran tempatan pada bulan Oktober 2020. Untuk makluman semua, ini adalah debut global model hibrid dan Malaysia merupakan pasaran pertama dunia yang menerimanya.

Hari ini, Honda Malaysia telah umumkan harga rasmi untuk varian terbaru Honda City RS e:HEV. Kalau ikutkan jangkaan awal, Honda Malaysia akan umumkan harga pada Januari 2021 lalu, tetapi ditunda akibat PKP 2.0 yang telah berkuatkuasa semula.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini anda boleh miliki Honda City RS e:HEV pada harga RM105,950.45 termasuk pengecualian cukai SST hingga 30 Jun 2021.

vocket-honda-city-rs-3
Sumber Gambar: Nextrift.com

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pelanggan yang telah menempah varian ini dan bersabar sehingga harganya diumumkan. Honda City serba baharu menerima maklum balas yang sangat memberangsangkan dengan lebih 20,000 tempahan sehingga kini.

“Kami sudah berjaya menyerahkan lebih 13,100 unit kepada pelanggan sejak ia dilancarkan,” kata Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Honda Malaysia, Toichi Ishiyama.

vocket-honda-connect-1
Sumber Gambar: Paultan.org

Model sedan baru ini merupakan kereta yang paling tercanggih yang Honda Malaysia pernah tawarkan kerana ia merupakan model pertama lengkap dengan dua teknologi kebanggaan Honda iaitu Honda Sensing dan Honda Connect.

Honda Connect merupakan sebuah teknologi telematik yang boleh diakses oleh pemilik kereta melalui aplikasi telefon pintar. Teknologi ini membolehkan pemilik kereta sentiasa terhubung 24 jam untuk memastikan keselamatan dan kemudahan mengendalikan kereta. Boleh baca lebih lanjut di sini.

vocket-honda-city-rs-4
Sumber Gambar: Honda Malaysia

Manakala dengan adanya ciri keselamatan dari Honda Sensing pula, pemilik kereta Honda City baru ini dapat memandu dengan lebih mudah dan keselamatan lebih terjamin.

Antara fungsi-fungsi yang ada ialah Lane Keep Assist System (LKAS), Lane Departure Warning (LDW), Adaptive Cruise Control (ACC), Collision Mitigation Braking System (CMBS) dan AutoHigh Beam (AHB).

vocket-honda-city-rs-2
Sumber Gambar: Piston.my

Honda juga menyediakan fungsi ‘Remote Engine Start’ yang pertama kali ditawarkan bagi segmen ini. Kini pemilik kereta boleh menghidupkan enjin dari jauh dan membuka penyaman udara sebelum masuk ke dalam kereta.

Kereta Honda City RS e:HEV baru hadir dengan tiga pilihan warna menarik; Passion Red Pearl, Modern Steel Metallic dan Platinum White Pearl. Anda sudah boleh menempah kereta ini di laman web prebook.honda.com.my atau kunjungi bilik pameran Honda yang berdekatan dengan anda.

Pada bulan Ogos tahun lalu, Honda Malaysia telah membuka tempahan untuk model City RS 2020 berserta baucer servis bernilai RM1,000.

Honda City RS 2020 Dengan Tork 253Nm Dibuka Untuk Tempahan

Honda Connect Mudahkan Anda Pantau Keselamatan Kereta Dengan Telefon Pintar

Honda Lancar Legend Hybrid EX, Lengkap Dengan Sistem ‘Auto-Pilot’ Tahap 3

Sumber