Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Akhirnya saat-saat yang dinantikan telah tiba. Seperti Apple, Samsung juga memiliki peminatnya tersendiri dan setiap kali barisan produk baru dilancarkan, para peminat akan berpusu-susu untuk mendapatkan ia.

Samsung Galaxy S21 kini sudah tiba menemui para peminatnya di Malaysia dan adakah anda tahu keistimewaan Samsung Galaxy S21 ini? Apa kata kami kongsikan 3 perkara menarik pada siri baharu ini. Ayuh kita mulakan!

1. Cip Exynos 2100 Yang Berkuasa

Screenshot-331

Cip pemprosesan Exynos 2100 yang direka berasaskan 5nm mampu bersaing dengan Apple A14 Bionic yang sudah berbulan berada di pasaran dan terbukti berkuasa. Maka, buat anda yang mahu peranti setanding iPhone 12, Samsung Galaxy S21 adalah pilihan yang tepat.

Lebih menarik, cip Exynos 2100 ini menawarkan kuasa yang efisien dengan penjimatan bateri sebanyak 20%. Kiranya jika anda perlu bermain permainan video, meeting online, belajar online, dan sebagainya dalam satu jangka yang lama tidak perlu bimbang telefon bimbit lag atau habis bateri dengan cepat.

2. Sokongan S Pen Pada S21 Ultra

5ffef146ad6e3

Sebelum ini, S Pen hanya boleh digunakan pada siri Galaxy Note sahaja. Kini, buat pertama kalinya, siri Samsung Galaxy S dapat menyokong penggunaan S-Pen tetapi hanya untuk Galaxy S21 Ultra sahaja.

Bagi pelajar dan juga pekerja, dengan adanya S-Pen ini akan memudahkan anda menyiapkan kerja dan menulis nota dalam telefon bimbit. Dengan bantuan rangkaian Celcom, anda dapat menggunakan Internet dengan kadar kelajuan tinggi tanpa perlu bimbang ketiadaan Internet kerana memiliki capaian yang meluas di seluruh Malaysia.

3. Kamera Utama Dengan Sensor 108-Megapixel

gsmarena_002

Rekaan kamera belakang yang sedikit berbeza dan modul empat segi digunakan tetapi ia bergabung hingga ke sisi telefon. Malah, kamera utamanya hadir dengan sensor 108-megapixel sesuai untuk anda yang mengambil gambar persis jurugambar professional.

Seperti biasa, Malaysia adalah pasaran utama Samsung dan pengguna di sini boleh menjangkakan tempahan awal dibuka sejurus pelancaran peringkat antarabangsa. Kebiasaannya ramai yang akan membeli telefon pintar dengan telco-telco berdaftar di Malaysia.

samsungxcelcom

Tahukah anda bahawa Celcom hadir dengan plan terbaik dan terendah di pasaran jika anda membeli Samsung Galaxy S21 secara kontrak selama 24 atau 30 bulan? Anda akan dapat menikmati internet 5G yang meluas kelak dan semestinya memberikan kepuasan kepada penggunanya terutama sekali rakyat Malaysia kini perlu belajar secara online dan bekerja dari rumah.

Untuk pengetahuan anda, Celcom tawarkan plan serendah RM79 sebulan dengan Celcom MEGA™ dan pelbagai freebies berbeza bernilai RM697 akan diberikan kepada anda sempena pelancaran iaitu Galaxy Fit2, Smart Tag, dan wireless charger.

Freebies Square Visual

Berbaloi, bukan? Bagi anda yang berminat mahu dapatkan Samsung Galaxy S21 ini boleh dapatkan maklumat lanjut dengan layari laman sesawang ini. Dapatkan segera untuk jadi yang terawal menggunakan peranti Samsung Galaxy S21 ini.

Sementara itu, baca artikel berkaitan Samsung Galaxy S21 pada pautan di bawah ini.

Pandang Pertama Samsung Galaxy S21 Ultra, Rekaan Yang Lebih Kemas, Kompak Dan Premium

Serba Pantas Dan Lengkap, Ini Dua Sebab Utama Samsung Galaxy S21 Menjadi Buruan Ramai