Nama Lenny Kravitz terkenal dengan gaya cool, ketika di atas pentas atau dalam kehidupan seharian. Jadi tidak hairanlah, apabila beliau mengekspresi bakat beliau dalam dunia hiasan dalaman, produk yang terhasil menjadi glamor dan penuh gaya.

krevitz-01

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Kini koleksi perabot dan aksesori beliau yang pertama, yang direka dengan kerjasama syarikat CB2, akan berada di pasaran mulai 1 Oktober. Barangan rumah gaya rockstar ini termasuklah aksesori, lampu dan perabot. Jelas Kravitz, barangan hiasan rekaan beliau disemai dengan pengaruh tahun 70-an. “Zaman itu adalah zaman apabila high fashion digabungkan dengan hippie chic dan dicampur pula dengan gaya glamor rock-and-roll,” tegas Kravitz.

Corak flame-stitch (api marak), krom, tembaga, dan hitam berkilat menjadi fokus utama gaya ini. Kravitz, yang dipengaruhi oleh gaya Louis Majorelle, Antoni Gaudí, dan Cesare “Joe” Colombo – menambah – “Kreativiti adalah kreativiti, setakat yang saya kisah.”

Meja Konsol Changes

$999; cb2.com

Meja Tepi Nova

$399; cb2.com

Permaidani Changes

$399-$799; cb2.com

BACA: Rekabentuk Perabot Universiti Ini Berbeza Dari Yang Lain Kerana Satu Sebab Sahaja

Bantal

Bantal Sheepskin: $179; cb2.com

Bantal Pata: $40; cb2.com

Bantal Reflect: $80; cb2.com

Lampu Meja Lola

$349; cb2.com

BACA: 13 Dekorasi Gaya Scandinavia Yang Semulajadi Tetapi Moden

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram

Sumber