Disaat pelbagai jenama berusaha menghasilkan smartphone dengan rekaan tanpa bingkai dibahagian hadapan termasuk Apple iPhone X yang hadir dengan notch, Lenovo tampil dengan sebuah idea yang fresh dalam menawarkan smartphone dengan skrin sepenuhnya.

Dinamakan sebagai ‘Lenovo Z5’, model ini dikatakan bakal menawarkan skrin meliputi 95% di bahagian hadapan. Lebih menarik, Lenovo turut menjanjikan tidak akan menyertakan notch seperti mana smartphone terbaru Android dan iPhone X.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Screen Shot 2018-05-15 at 4.19.09 AM

Lenovo Z5 juga difahamkan bakal menjadi smartphone flagship terbaru Lenovo yang bakal dilancarkan tidak lama lagi. Penawaran spesifikasi terbaik antara yang dijangkakan melalui model ini.

Setakat ini syarikat ini masih belum mengesahkan bilakah Lenovo Z5 bakal mula ditawarkan kepada kepada orang ramai. Sekali pandang, boleh tahan futuristik juga rekaan terbaru smartphone terbaru daripada Lenovo ini.