Sejak beberapa tahun terakhir ini, dapat dilihat lambakan model komputer riba dan monitor yang hadir dengan pelbagai fungsi. Hal ini secara tidak langsung membuatkan orang ramai lebih sukar untuk membuat pilihan dalam mendapatkan model yang terbaik memenuhi kriteria yang diperlukan mereka.

Disebabkan pandemik yang masih belum ada tanda-tanda surut dalam masa terdekat, ramai yang lebih selesa untuk bekerja dari rumah. Jadi, sudah tiba masanya untuk anda mempunyai peranti hebat yang selesa untuk digunakan di rumah bagi tujuan gaming dan juga memfokuskan kepada kerja dalam meningkatkan produktiviti.

Dua produk berkenaan adalah Lenovo Legion 5 dan G27q-20 monitor. Jom check out apa yang hebat tentang dua peranti ini.

Lenovo Legion 5

Lenovo Legion 5 merupakan komputer riba gaming dengan saiz skrin 15.6-inci. Saiznya yang besar dengan resolusi 1920×1080 ini pastinya memudahkan pengguna dalam menjalankan kerja seharian dan juga untuk menikmati kepuasan berganda sewaktu bermain game.

Rekaan

1080×800 (72)

Mengulas dari segi rekaan, Lenovo hadir dengan rekaan trademark Legion pada bahagian atas komputer riba sekaligus membuatkan model ini unik berbanding model lain di pasaran. Penawaran Legion TrueStrike Keyboard dengan sokongan 4 Zone RGB untuk varian Phantom Blue turut memudahkan pengguna untuk menggunakannya sewaktu malam.

Namun, untuk varian Stingray White, ia didatangkan dengan Blue Backlit keyboard sahaja.

Spesifikasi

1080×800 (73)

Dalam mendapatkan sesebuah komputer riba, pastinya spesifikasi sesebuah model antara yang menjadi perhatian ramai. Lenovo nampaknya berjaya menawarkan yang terbaik buat para pengguna menerusi model ini dengan penggunaan processor AMD Ryzen™ 7 5800H 4.4GHz.

Menariknya, model ini turut menggunakan kad grafik berkuasa tinggi iaitu NVIDIA RTX 3060. Model ini dikuasakan oleh Windows 10. Dalam erti kata lain, model ini sememangnya tidak mempunyai masalah untuk menjalankan pelbagai game popular dan juga perisian yang memerlukan kuasa grafik yang tinggi.

RAM dan ruang storan yang ditawarkan pada model ini adalah 16GB DDR4 dan 1TB SSD. Sememangnya sangat memudahkan pengguna dalam menyimpan pelbagai data melibatkan kerja anda dengan pantas tanpa memerlukan ruang penyimpanan tambahan.

Dikuasakan oleh Lenovo Legion AI Engine beserta Legion ColdFront 3.0

Sebuah lagi perkara menarik menerusi model ini adalah penawaran Lenovo Legion AI Engine yang membolehkan pengguna mendapatkan prestasi terbaik sewaktu bermain game dalam memperoleh frame per second yang lebih tinggi.

Legion ColdFront 3.0 turut membantu pengguna dalam menyejukkan Legion 5 Pro sewaktu menggunakan untuk menjalankan perisian yang menggunakan kuasa pemprosesan yang tinggi atau sewaktu bermain game.

Dilengkapi teknologi Lenovo Q-Control dan Rapid Charge Pro

Tidak hanya memfokuskan kepada prestasi semata-mata, Lenovo Legion 5 Pro turut dilengkapi dengan Lenovo Q-Control dan Rapid Charge Pro dalam memudahkan pengguna mengubah mengikut mod yang bersesuaian. Lenovo Rapid Charge Pro turut memudahkan pengguna dalam mengecas komputer riba ini dengan lebih pantas.

Menerusi fungsi yang ditawarkan, pengguna yang kerap menjalankan kerja di luar rumah pastinya tidak mempunyai masalah untuk menggunakan model ini dalam mendapatkan pengecasan yang pantas serta ketahanan bateri yang panjang.

Monitor Lenovo G27q-20

1080×800 (81)

Dalam mendapatkan sebuah monitor yang terbaik, pastinya monitor tersebut perlu mempunyai spesifikasi yang terbaik dalam memberi kepuasan yang sepenuhnya buat para pengguna.

Monitor Lenovo G27q-20 nampaknya berjaya memenuhi kriteria tersebut menerusi penawaran saiz skrin 27-inci. Menariknya, monitor ini berjaya menawarkan paparan beresolusi 2560 x 1440 beserta refresh rate 165Hz.

Pihak Lenovo turut memperkenalkan panel 3-side NearEdgeless In-Plane Switching dalam menawarkan bezel yang nipis bagi mengelakkan sebarang gangguan sewaktu menonton monitor ini.

Paparan yang jelas untuk apa jua kegunaan

1080×800 (82)

Apa yang membezakan model ini berbanding model lain di pasaran adalah saiz dan paparannya yang besar yang sekaligus membantu pengguna dalam menjalankan tugas seharian khususnya untuk menyemak dokumen dan sebagainya.

Buat mereka yang terlibat dalam bidang grafik pula, monitor ini pastinya menjadi pilihan berikutan penawaran warnanya yang jelas serta saiznya yang besar sekaligus memudahkan tugas mereka dalam menghasilkan konten menerusi monitor dengan 1ms response time ini.

Penawaran AMD FreeSync™ Premium dan NVIDIA G-Sync yang menjadi antara ciri utama dalam pemilihan monitor buat para gamer turut disertakan pada model ini. Pengguna berpeluang menikmati game dengan frame rate yang tinggi tanpa sebarang masalah.

1080×800 (74)

Dari segi rekaan, Lenovo nampaknya berjaya tampil dengan rekaan yang konservatif serta tampil dengan rekaan monitor G27q-20 yang tampak lebih fresh dan kemas dalam membuatkan ruang kerja atau gaming pengguna tampak lebih bergaya.

Oh ya, meskipun hadir dengan rekaan yang slim, model ini turut dilengkapi dengan penawaran pelbagai port tambahan yang boleh disambungkan terus pada monitor.

Harga

Hadir dengan spesifikasi yang serba lengkap, pastinya ramai yang berpendapat model-model ini ditawarkan dengan paras harga yang premium. Dalam pada itu, kedua-dua model ini berjaya ditawarkan dengan harga yang berbaloi.

Lenovo Legion 5 sedia ditawarkan dari RM6,299 dalam dua pilihan warna iaitu Stingray White dan Phantom Blue manakala monitor Lenovo G27q-20 pada harga RM1,399. Para pengguna berpeluang mendapatkan model ini dengan dua pilihan warna iaitu Stingray White dan Phantom Blue.

Sekiranya anda berminat untuk mendapatkan komputer riba serta monitor memfokuskan gaming dan produktiviti yang berbaloi untuk kegunaan jangka masa panjang, anda boleh dapatkan Lenovo Legion 5 Pro dan Lenovo G27q-20 di Shopee dan Lazada. Kedua-dua model ini pasti menjadi pilihan utama anda.

Ketahui lebih lanjut mengenai produk keluaran Lenovo dengan melawati laman rasmi Lenovo dan juga Facebook serta Instagram Lenovo Malaysia.

Sekitar tahun lalu, Lenovo menerusi model YOGA turut berkolaboasi bersama The Batik Boutique dalam melancarkan model komputer riba penuh gaya.

Lenovo YOGA Hadir Dengan Rekaan Unik Menerusi Kolaborasi Bersama The Batik Boutique

Lenovo Tab M10 HD, Pilihan Berbaloi Memenuhi Keperluan Anda Dengan Harga RM725