Lenovo Malaysia pada minggu ini telah memperkenalkan sebuah lagi komputer riba baru dibawah siri Legion khusus buat gamer. Model yang dilancarkan iaitu Legion Y530 ini hadir dengan spesifikasi yang boleh dikatakan agak menarik buat mereka yang mahukan komputer riba berkuasa tinggi.

Model ini hadir skrin bersaiz 15.6-inci serta dilengkapi dengan refresh rate sehingga 144Hz. Processor yang disertakan pada model ini ditawarkan melalui pilihan i5 dan i7 generasi ke-8.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lenovo Legion 01

Lenovo Legion 03

Begitu juga dengan kad grafik, dua model kad grafik ditawarkan iaitu GTX 1050 dan GTX 1050 Ti. Model ini turut menyokong RAM sehingga 32 GB DDR serta storan berasaskan HDD sehingga 2 TB.

Lenove Legion Y530 bakal mula ditawarkan dengan harga RM3,598 bagi model kad grafik GTX 1050 manakala model dengan kad grafik GTX 1050 Ti mula ditawarkan pada harga RM5,216.