Mendapatkan tablet yang sesuai dengan keperluan sememangnya sebuah perkara yang sukar. Meskipun hadir dengan lambakan model ketika ini, perkara ini juga secara tidak langsung membuatkan para pembeli semakin pening membuat keputusan dalam mendapatkan tablet terbaik serta hadir dengan mampu milik.

Menyoal dari segi tablet, kami yakin ramai bersetuju sekiranya sebuah tablet perlulah mempunyai skrin yang besar untuk memudahkan tontonan video, dilengkapi dengan speaker hadapan serta mempunyai spesifikasi yang serba lengkap disamping hadir dengan harga berpatutan.

gsmarena_004

Kriteria seperti yang disebutkan di atas mungkin hadir pada kebanyakan tablet pada ketika ini namun mendapatkannya pada tablet dibawah harga RM750 mungkin agak sukar. Namun, anda tidak perlu risau kerana semua ini berjaya ditawarkan oleh Lenovo melalui model Tab M10 HD.

Dalam menawarkan sebuah tablet, Lenovo Tab M10 HD bukan sahaja menawarkan tablet yang berbaloi malah sesuai buat semua jenis golongan. Jom ikuti perkongsian kami dengan lebih lanjut.

Screen Shot 2020-08-24 at 8.58.16 PM

Sekiranya anda mempunyai anak kecil atau masih bersekolah rendah, Lenovo Tab M10 HD mungkin pilihan terbaik. Pertamanya sudah pasti disebabkan harganya yang mampu milik iaitu serendah RM725 sahaja. Dalam erti kata lain, anda tidak perlu berbelanja besar dalam memenuhi keperluan anak kecil anda.

Adanya tablet Lenovo M10 HD dengan skrin 10.1-inci pastinya sangat memudahkan anak anda untuk mengakses aplikasi Zoom bagi tujuan pembelajaran. Menyoal dari segi keselamatan, model ini turut dilengkapi dengan Kids Mode dimana tablet ini mampu mengawasi penggunaan anak-anak anda.

LenovoTabM10FHDPlus__1_

Buat para pelajar yang sedang melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi, Lenovo Tab M10 HD turut melengkapi anda dari segi mobiliti dimana model ini hadir dengan saiz yang ringan iaitu serendah 480gram yang sekaligus memudahkan untuk dibawa kemana-mana.

Selain itu, skrinnya besar pastinya sangat membantu mereka yang kerap membaca artikel atau slide terus menerusi tablet.

Screen Shot 2020-08-24 at 8.58.31 PM

Menyoal untuk kegunaan sendiri yang kami andaikan sebagai golongan bekerja, pastinya anda mahukan tablet yang serba lengkap selain daripada penawaran skrin yang besar.

Dari segi spesifikasi, Lenovo Tab M10 HD dikuasakan oleh processor Snapdragon 429 Mobile serta dengan 2GB RAM. Ruang storan pada model ini adalah 16GB. Sesuai buat mereka yang kerap berada di luar rumah dimana kebergantungan kepada internet adalah tinggi, model ini turut dilengkapi dengan WiFi dan rangkaian internet 4G.

Bukan itu sahaja, model ini turut disokong oleh Pure Android yang pastinya membuatkan urusan seharian anda akan lebih lancar tanpa sebarang gangguan baik dari segi spesifikasi mahupun melibatkan sistem operasi.

Screen Shot 2020-08-24 at 8.58.24 PM

Bezanya peringkat umur sudah pastinya prioriti mereka dalam sesebuah tablet juga berbeza. Dalam pada itu, buat sesebuah yang lengkap, pastinya bukan masalah.

Sekiranya ibu bapa anda kerap menonton video di YouTube, penawaran dwi-speaker pada bahagian hadapan pastinya features yang paling disukai dalam menawarkan bunyi yang kuat dan jelas sekaligus membuatkan tontonan video menjadi lebih menarik.

Adakah Lenovo Tab M10 HD berbaloi?
maxresdefault
Sumber: the boomer consumer

Pada kami Lenovo Tab M10 HD sememangnya sebuah tablet yang versatil. Sama ada anda mahu gunakannya sebagai tablet bagi menyelesaikan urusan harian, melayari YouTube atau Netflix, hiburan dan pembelajaran buat anak-anak anda, semuanya berjaya diselesaikan melalui model ini.

Dalam erti kata lain, model ini berjaya menawarkan apa yang diperlukan buat lapisan umur yang berbeza-beza. Hadir dengan harga RM725, mungkin ini pilihan anda sekiranya anda sedang mencari tablet dengan harga mampu milik berdasarkan spesifikasi yang ditawarkan.

Buat anda yang berminat untuk mengetahui lebih lanjut mengenai produk keluaran Lenovo, anda boleh klik di sini. Ketahui juga rangkaian kedai yang menawarkan produk keluaran Lenovo serata Malaysia dengan klik di sini.

Sekiranya anda lebih cenderung untuk mendapatkan komputer riba, Lenovo IdeaPad antara yang boleh dijadikan pilihan. Sebelum itu, ketahui terlebih dahulu 7 perkara anda perlu pertimbangkan sebelum mendapatkan komputer riba baharu.

7 Perkara yang Anda Perlu Lihat Dan Pertimbangkan Sebelum Beli Laptop Baharu