Jika sebelum ini sistem penyejukan cecair cuma ditawarkan buat komputer, kini Lenovo mahu tampil dengan kelainan pada telefon pintar flagship terbaru mereka dengan menyertakan sistem penyejukan yang hampir sama.

Dari segi spesifikasi, Lenovo Z6 Pro bakal dilengkapi dengan processor Snapdragon 855. Kemungkinan tiga model bakal ditawarkan buat Lenovo Z6 Pro dengan penyertaan ram 6GB,8GB,12 GB dengan ruang storan 64GB,128GB,256GB. Teknologi internet 5G antara yang dijangkakan pada model ini.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Lenovo Z6 Pro

Tidak hanya memfokuskan kepada spesifikasi semata-mata, Lenovo Z6 Pro turut memberi penekanan pada kamera bahagian belakang dengan penyertaan kamera lensa merangkumi lensa 48-megapixel, 20-megapixel dan dua lensa 16-megapixel. Gabungan empat lensa ini secara tidak langsung membolehkan pengguna mendapatkan imej dengan kualiti kamera 100-megapixel.

Lenovo Z6 Pro dijangka bakal diperkenalkan pada 26 April ini. Sama-sama kita nantikan apakah lagi kejutan yang bakal diperkenalkan oleh pihak Lenovo bagi model terbaru ini. Mampukah model ini menjadi pencabar kepada telefon pintar flagship yang lain atau sebaliknya?

Sumber