Dua tahun yang lalu kisah seorang gelendangan dan pengaturcara di kota Manhattan, Amerika Syarikat telah mencetuskan viral di kalangan pengguna media sosial. Kejadian ini berlaku pada Ogos 2013, apabila Patrick McConlogue yang ketika itu berusia 23 tahun, bekerja sebagai seorang pengaturcara telah menawarkan Leo Grand, gelandangan yang dia sering temui ketika berulang-alik dari tempat kerjanya setiap hari satu tawaran yang menarik iaitu:

(i) wang tunai $100, atau
(ii) laptop murah, 3 buku JavaScript dan mengajar Leo bagaimana untuk coding

Grand memilih untuk belajar coding dengan McConlogue selama dua bulan. Beberapa bulan selepas itu, Grand telah berjaya melancarkan aplikasi pertama iaitu ‘Trees for Cars’, sebuah aplikasi untuk kongsi kereta (carpooling app). Pada detik pelancaran aplikasi itu, Grand menyatakan:

“I can work at Google, I can work at SpaceX… This will change my life in a magnificent way.”

Ini kisah susulan Leo Grand setahun lebih selepas itu.

Baca: Gelandangan Terima $100 Dan Melakukan Perkara Yang Di Luar Jangkaan Ini

Ya, Leo Grand masih lagi seorang gelandangan di lorong belakang di mana dia pernah bertemu kali pertama dengan McConlogue. Walaupun dia telah berjaya melancarkan sebuah aplikasi yang memberi pulangan wang yang lumayan sebanyak $10000 hingga $15000, menjadi tumpuan negara secara mendadak, dan tampil di beberapa buah rancangan televisyen untuk berbicara tentang projek beliau bersama McConlogue, dia masih seorang gelandangan pada hari ini.

Baca: Lelaki Ini Tinggalkan Kerjaya Di Wall Street Kerana $1 Pizza

Dia sudah tidak coding setiap hari lagi. Aplikasi ‘Trees for Cars’ sudah tiada di dalam app stores kerana dia tidak membayar yuran server. Kadang-kala dia bekerja sebagai welder, dan berjalan-jalan di sekitar taman awam High Line. Dia menyatakan dirinya seorang eco-friendly, sedangkan dia pernah merancang untuk tinggal di apartment mewah sewaktu aplikasinya mendapat sambutan hangat.

Baca: Kenali 19 Gelandangan Ini Bakal Buat Anda Terkejut Dengan Kisah Mereka

Ini pengajaran yang dipelajari Grand sepanjang melalui pengalaman tersebut:

“When people are negative, you have to keep your head in the clouds. You just have to somehow stay focused on the things that matter to you.”

Apabila ditanyakan mengapa tidak lagi coding setiap hari, Grand menjawab dalam keadaan tergagap:

“Because you know, life, you know. Things going on. You have to do this, you have to do that.”

Namun, Grand tetap berazam untuk menghasilkan aplikasi yang lebih sukses kelak. Dalam masa yang sama dia telah menerima hakikat kejatuhan dan popularitinya.

“You’re hot one minute, you’re gone the next.”

Sumber: Mashable

LIKE dan FOLLOW Vocket di Facebook serta Instagram