Leonardo DiCaprio semalam berkongsi gambar pertama filem terbarunya, Once Upon a Time in Hollywood. Lebih menarik tentang projek filem terbaru Leonardo ini adalah beliau akan digandingkan dengan pelakon Brad Pitt dan diarah pula oleh pengarah tersohor Quentin Tarantino.

Filem ini tetapi ianya akan berlatarkan tahun 1969 ketika zaman hippies sedang berada di kemuncak. kes pembunuhan Charles Manson turut akan menjadi latar belakang filem ini.

Leonardo akan membawa watak bekas bintang television bersama pelakon stuntmannya, Brad Pitt yang bergelut untuk mendapat tempat di Hollywood. Filem ini dijangka akan mempunyai feel filem ikonik Tarantino, Pulp Fiction.

Ini adalah filem ke-9 Tarantino dan beliau akan berhenti mengarah filem selepas filem ke-10. Filem ini dijangka akan berada di pawagam pada 9 Ogos 2019. Ada Brad Pitt, Leonardo dan Tarantino. Apa lagi yang anda mahu?