Pada tahun 2021, jumlah orang kelainan upaya (OKU) yang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) masih rendah iaitu 587,608 daripada anggaran 4.8 juta populasi orang kelainan upaya (OKU) di negara ini.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @hairul1992 telah berkongsi gambar tangkap layar perbualannya memohon kerja sebagai barista di sebuah cawangan kedai kopi.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

https://twitter.com/hairul1992/status/1493163356056076290

Menerusi perkongsian tersebut dapat dilihat Hairul meminta kerja dan pengambilan di sana dikatakan sudah ditutup sejurus dia memberitahu dirinya seorang OKU.

Hairul berasa dirinya didiskriminasi selepas individu yang bertanggungjawab untuk pengambilan itu tidak membalas mesejnya. Perkongsian itu mendapat pelbagai reaksi orang ramai dan rata-rata netizen mengecam tindakan individu tersebut.

Bukan itu sahaja, rata-rata netizen turut mengatakan tidak seharusnya kejadian seperti ini terjadi kerana golongan OKU juga manusia biasa. Malah, segelintir netizen mengatakan ini bukanlah diskriminasi tetapi individu tersebut kurang pengalaman dalam mengendalikan permohonan kerja daripada OKU.

Hal tersebut turut mendapat perhatian pihak pengurusan ZUS Coffee dan pihaknya telah memohon maaf atas cara komunikasi yang kurang baik sehingga menyebabkan salah faham.

Malah, pihak Zus Coffee bertanggungjawab sepenuhnya atas layanan yang diterima Hairul dan mengambil serius perkara ini kerana pihaknya tidak bertolak ansur dengan sebarang bentuk diskriminasi dalam proses pengambilan.

Difahamkan, pihak Zus Coffee ketika ini sedang jalankan siasatan berhubung isu yang berlaku dan juga akan melaksanakan training yang lebih baik dalam kalangan pekerja bagi mengelakkan kejadian seperti ini terjadi lagi.

Zus Coffee adalah sebuah jenama kopi tempatan yang berkembang pesat sejak 2019 dan kini memiliki lebih 20 cawangan seluruh negara.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Ini Sebab Mengapa Papan Tanda Family Mart Di Cameron Highlands Hanya Berwarna Hitam Putih

Kongsi ‘Review’ Menginap Selama 46 Malam Di Hard Rock Hotel, Netizen Tercengang Bila Kira Kos Penginapan

Peminat Mula Perasan Daud Kim Hanya Gunakan Islam Untuk Konten Dan Tambah Pengikut