Nampaknya tiada filem yang dapat menandingi kehebatan Pennywise The Clown bulan lalu apabila filem itu kini telah mengutip kutipan USD500 juta untuk tayangan seluruh dunia.

Ianya pencapaian yang baharu buat Warner Bros dan filem ini sudah pun mengalahkan filem seram dengan kutipan tertinggi selama ini, The Exorcist yang mengutip kutipan USD441 juta. Kutipan ini akan meningkat lagi kerana It masih ditayangkan di pawagam seluruh dunia.

The Exocist sudah memegang rekod ini selama 44 tahun dan kutipan ini telah dikira kembali dengan kadar inflasi. Dalam perkemangan lain, pengarah Andy Muschietti mengesahkan Chapter 2 untuk filem ini sedang dalam perancangan dan dijangka akan ditayangkan pada September 2019.

https://www.youtube.com/watch?v=zKYbMefHSw8

It bahagian kedua akan memfokuskan kehidupan The Losers Club ketika waktu dewasa mereka dan pelakon kanak-kanak siri It pertama tetap akan membuat kemunculan. Menurut Andy, diri dewasa akan mempunyai flashback yang zaman muda mereka dan di sinilah peranan pelakon-pelakon siri pertama akan membuat kemunculan.

Khabarnya siri kedua ini akan lebih seram dan banyak aksi berbanding yang pertama. Kita tunggu sahaja pengumuman siapa yang akan melakonkan watak The Losers Club semasa mereka dewasa ini. Berdasarkan kejayaan yang pertama ini, pasti Andy boleh menarik nama-nama besar Hollywood untuk bersama dalam Chapter 2 ini.

Sumber