Endeavor telah memilih 13 usahawan yang memimpin tujuh syarikat dalam Panel Pilihan Antarabangsa Virtual (vISP) ke-33 yang diadakan pada 23-25 Januari 2023. Kini, Endeavor menyokong 2,415 usahawan yang memimpin 1,492 syarikat di 41 pasaran di seluruh dunia, di antaranya Pop Meals yang mewakili Malaysia.

Dahulunya dikenali sebagai dahmakan, Pop Meals berusaha untuk menyajikan hidangan yang berkualiti dengan cara yang paling cepat dan mudah melalui pendekatan omni-channel dengan rangkaian outlet pintar.

vISP dianjurkan dengan sokongan rakan kongsi dari General Atlantic, AXA, Bain, Cooley, EY, HSBC, Silicon Valley Bank, dan Zoom. ISP adalah hasil daripada proses pemilihan yang berperingkat dan ketat untuk mengenal pasti usahawan yang memberi impak tinggi dari seluruh dunia.

Semasa proses ini, Endeavor mencari pengasas yang menunjukkan potensi untuk memanfaatkan sumber dan mentorship Endeavor untuk membesarkan bisnes mereka sebanyak 10 kali ganda sambil juga berjanji untuk melabur semula masa dan sumber di dalam ekosistem tempatan untuk membantu membina usahawan generasi seterusnya.

Adlin Yusman, Pengarah Urusan Endeavor Malaysia, mengumumkan dengan gembira mengenai kejayaan membawa ekosistem keusahawanan Malaysia ke dalam peta global dan berkata, “Kemenangan ini adalah pencapaian yang signifikan dan membuktikan bukan sahaja kepimpinan Jonathan dan Jessica, tetapi juga kejayaan Endeavor Malaysia.

“Sebagai usahawan Endeavor pertama yang dipilih selepas tiga tahun, mereka telah memberikan contoh yang menginspirasikan untuk komuniti kami dan memberi kuasa untuk bercita cita untuk impian yang lebih besar, kembali memfokuskan lensa global kepada usahawan yang memberi impak tinggi. Kejayaan mereka mengukuhkan komitmen kami untuk menyokong usahawan dan mencipta ekosistem yang kukuh di Malaysia.”

Pengasas bersama Pop Meals, Jonathan Weins dan Jessica Li

Jonathan Weins dan Jessica Li (pengasas bersama Pop Meals) kini menjadi Usahawan Endeavor selepas diluluskan secara sepakat oleh panel. Mereka percaya bahawa makanan harian sepatutnya lebih berpatutan, mudah dan menarik melalui pembangunan produk berasaskan data dengan menggabungkan teknologi ke dalam industri F&B yang sederhana.

Hingga kini, Pop Meals sedang mengendalikan 35 outlet pintar dengan penilaian makanan konsisten 94% daripada pelanggan dan sedang mengembangkan perniagaan dengan cepat di seluruh Asia Tenggara.

Setelah menjadi Usahawan Endeavor, Jonathan menambah, “Saya sangat bersyukur kerana memenangi hati panel global berimpak tinggi Endeavor dan peluang untuk menyertai rangkaian usahawan berimpak tinggi. Lulus dalam Panel Pemilihan Antarabangsa adalah pengalaman yang mencabar tetapi memuaskan dan saya berasa bangga kerana terpilih.

“Saya gembira untuk memulakan perjalanan baru ini dengan Endeavor dan bekerja bersama usahawan berwawasan yang lain,” kata Jonathan.

Pop Meals kini akan disokong oleh Endeavor melalui akses kepada perkhidmatan sokongan menyeluruh dan strategik, termasuk pengenalan kepada mentor perniagaan global dan pelabur yang akan membantu mereka menangani keperluan utama; meningkatkan skala syarikat mereka lebih besar dan lebih cepat.

Panelis yang terlibat dalam vISP: Monica Brand Engel (Co-Founder & Managing Partner di Quona Capital), David Wells (bekas CFO Netflix), Chris Miller (Pengasas & CEO di Everside Health), Larry Chu (Rakan Kongsi, Pengerusi Bersama, di Goodwin Law), Francisco Alvarez-Demalde (Co-Founder dan Co-Managing Partner di Riverwood Capital), Luis Arbulu (Rakan Kongsi Salkantay), Cesar Carvalho (Co-Founder & CEO di Gympass), Terry Hanold (bekas VP, Teknologi Antarabangsa Amazon), Amr Shady (Co-Founder & CEO di Tribal Credit), Susan Anderson (CEO Cannonball Capital Inc.), Obi Ozor (Co-Founder and CEO of KOBO360) dan Firat Isbecer (Pengasas & CEO Commencis).