Selepas melepaskan gelaran dirajanya untuk berkahwin dengan lelaki yang dikenalinya semasa belajar di universiti, bekas puteri Jepun Mako Komuro kini bekerja di muzium di New York.

Mako, yang merupakan anak perempuan sulung pewaris takhta empayar Jepun, berkahwin dengan Kei Komuro, pada Oktober tahun lalu. Dia menjadi wanita pertama dari keluarga diraja Jepun yang menolak upacara perkahwinan diraja, dan serta wang pampasan sebanyak $1.23 juta.

Selepas berpindah ke New York dan Kei mula bekerja sebagai peguam, bekas puteri itu memutuskan untuk menggunakan ijazahnya dalam bidang seni dan warisan budaya dengan sebaiknya.

Menurut The Japan Times, dia kini bekerja di Muzium Seni Metropolitan. Namun, terdapat sumber lain pula memberitahu media Jepun bahawa Mako tidak diambil sebagai kakitangan muzium, tetapi kepakarannya dalam bidang seni digunakan secara sukarela.

Mako yang berusia 30 tahun mahir dalam dunia seni – selepas menamatkan pengajian di Universiti Kristian Antarabangsa di Tokyo, dia melanjutkan pelajaran sejarah seni di Universiti Edinburgh pada 2012 dan memperoleh ijazah sarjana dalam kajian muzium seni dan galeri di Universiti Leicester pada tahun 2016.

Kini dia difahamkan terlibat dengan pameran lukisan yang diilhamkan oleh kehidupan seorang sami Buddha yang mengembara di seluruh Jepun untuk memperkenalkan orang ramai kepada agama itu berabad-abad yang lalu.

Sebelum ini Mako menjadi tumpuan dunia apabila dia mengumumkan pertunangannya dengan Kei pada 2017. Sebahagian masyarakat Jepun mengkritik pasangan itu dan beberapa ahli keluarga Mako secara terbuka tidak bersetuju dengan perkahwinan mereka.

Di bawah undang-undang Jepun, wanita dari kalangan keluarga diraja perlu melepaskan status diraja jika mereka berkahwin dengan ‘orang biasa’, tetapi undang-undang ini tidak terpakai kepada keluarga diraja lelaki.

Puteri Ayako dari Jepun lepaskan takhta untuk kahwini rakyat biasa. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Puteri Ayako Dari Jepun Lepaskan Takhta Untuk Kahwini Rakyat Biasa

Call of Duty Dan Grand Theft Auto Jadi Tempat Nenek Berusia 89 Tahun Lepas Geram