Taman Tema Upin & Ipin merupakan sebuah projek yang dirancang oleh Les’ Copaque Production Sdn. Bhd. dan perancangannya sudah bermula seawal tahun 2014 lagi.

Banyak lokasi telah dipertimbangkan dan pengasas Les’ Copaque Production, Burhanuddin Md. Razi telah memilih Cyberjaya sebagai lokasi Taman Tema Upin & Ipin.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Perkara itu diumumkan pada Jumaat yang lalu selepas menandatangani perjanjian dengan Cyberview Sdn. Bhd. untuk membina Taman Tema Upin Ipin di Cyberjaya.

Pastinya pembinaan Taman Tema Upin & Ipin ini bakal menaikkan imej Cyberjaya apabila taman tema tersebut siap dibina di bandar itu. Malah, Upin & Ipin bakal menjadi siri animasi Malaysia pertama yang mempunyai taman temanya yang tersendiri jika ia berjaya dilaksanakan.

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel berkaitan animasi Upin & Ipin pada pautan di bawah.

Netizen Indonesia Dakwa Jumpa Kubur Upin & Ipin, Ini Respon Pengasas Les’ Copaque

10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia