Langgan saluran Telegram kami untuk kemaskini berita baharu dan isu terkini. VOCKET

Peminat animasi di Malaysia pastinya sudah mengenali studio disebalik animasi terkenal Upin dan Ipin iaitu Les’ Copaque. Les’ Copaque juga merupakan sebuah studio yang menjadi peneraju animasi 3D di Malaysia.

Baru-baru ini, menerusi akaun Twitter rasmi mereka, Les’ Copaque dilihat mencari idea cerita untuk musim terbaru Upin dan Ipin tahun 2020 nanti.

Menjengah ke ruangan komen, banyak idea yang diberikan oleh netizen kepada studio tersebut. Namun, seorang netizen mencadangkan bahawa watak Upin dan Ipin dengan rambut.

Lebih menarik lagi, pihak studio Les’ Copaque menunaikan hajat netizen tersebut dengan memuat naik gambar Upin dan Ipin dengan imej berambut.

Sumber: Twitter Les’ Copaque

Menarik bukan? Kami berharap musim terbaru Upin & Ipin untuk 2020 nanti pastinya lebih menarik dan mampu menghiburkan hati seluruh rakyat Malaysia seperti tahun-tahun sebelum ini.

Buat mereka yang mempunyai idea untuk dikongsikan kepada pihak Les’ Copaque, boleh terus ke ruangan komen perkongsian tersebut di sini.

Terdahulu, filem Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal tersenarai untuk Anugerah Oscars 2020. Klik pautan di bawah untuk bacaan lanjut.

Upin & Ipin: Keris Siamang Tunggal Antara 32 Animasi Disenaraikan Untuk Oscars 2020

Oh Ini Sebabnya Kenapa Ipin Tak Ada Rambut. Rahsia Upin Ipin Didedahkan

10 Sebab Kenapa Upin & Ipin Kekal Menjadi Animasi Popular Di Malaysia

Anda Mungkin Suka