Jika dilihat pada siri kegemaran ramai Upin & Ipin, walaupun masuk musim baharu mereka kekal comel dan tidak membesar. Dari situ, muncul sebuah lagu ‘kejam’ yang dinyanyikan oleh seorang pemilik akaun TikTok yang hanya mahu dikenali sebagai Nasi Goreng UFO.

https://www.tiktok.com/@nigorengorangode/video/7118343087637695771?_t=8U6NJuAnBIX&_r=1

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Bait-bait lirik yang dinyanyikan oleh budak ini sebenarnya benar belaka; Upin Ipin yang tidak membesar (dalam siri kartun), Kak Ros yang masih belum kahwin, Opah yang panjang umur dan keadaan kepala Upin Ipin yang botak. Cuma penyampaiannya jika didengar pasti ‘terasa hati’.

Pihak Les’ Copaque nampaknya perasan dengan lagu tersebut dan menerusi akaun rasmi Upin Ipin di TikTok berkongsikan video Upin Ipin berlari sambil menangis apabila mendengar lagu tersebut.

@upinipin.official

Kan comel kalau sentiasa macam ni~

♬ –

Rata-rata peminat tidak menyangka Les’ Copaque akan hasilkan video khas untuk bunyi tersebut dan mereka berpendapat ‘ejekan’ dalam lagu ini lebih ‘sakit’ daripada apa yang Fizi pernah ucapkan sebelum ini.

Sebahagian komen daripada pengikut upin ipin di tiktok

Pihak Les’ Copaque ternyata tidak melenting dengan lagu berkenaan dan melihat ia sebagai satu peluang untuk berkomunikasi dan mendekati para peminat.

Mungkin disebabkan lagu ini, akan ada episod Upin Ipin jadi remaja, mereka ada rambut dan Kak Ros berkahwin dengan jejaka idaman hati? Sama-sama kita nantikan.

Sebelum ini tular wujudnya makam Upin & Ipin di Indonesia dan ini kisahnya yang sebenar.

Ibu Saudara Kongsi Kisah Sebenar Di Sebalik Makam Upin Ipin Yang Tular

Oh Ini Sebabnya Kenapa Ipin Tak Ada Rambut. Rahsia Upin Ipin Didedahkan

Tuah ‘Partner’ Perlekeh Upin & Ipin, Haji Burhanuddin Kongsi Perjalanan Terhasilnya Ultraman Ribut