Mula ditubuhkan pada tahun 2005 serta memperkenalkan siri animasi kesukaan ramai iaitu Upin & Ipin, syarikat ini nampaknya tidak menoleh kebelakang lagi dalam mencipta pelbagai sejarah dan anugerah.

Terbaharu, Les’ Copaque tampil dengan sebuah perkongsian di Facebook dalam mengongsikan pencapaian terbaru mereka dengan meraih 10 juta subscribers di YouTube sekaligus menjadi channel YouTube pertama Malaysia menerima Diamond Play Button daripada YouTube.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Dalam meraikan kejayaan meraih 10 juta subscribers di YouTube, channel Les’ Copaque turut menjalankan countdown serta yang turut membuatkan para penonton teruja dengan kejayaan syarikat ini.

Tahniah diucapkan di atas pencapaian yang diperoleh pihak Les’ Copaque serta para pekerja yang berusaha keras memajukan industri animasi tempatan serta berjaya menghasilkan sebuah siri animasi kesukaan ramai kanak-kanak bukan sahaja di Malaysia malah di Indonesia.

Tular sebelum ni apabila kata-kata Fizi dikatakan telah mengguris hati netizen sekaligus memaksa Fizi untuk membuat pemohonan maaf.

Les’ Copaque Hasilkan Video Khas Permohonan Maaf Fizi Kepada Upin Dan Ipin

Masih Bengang Dan Marah, Penonton Indonesia Mahu Fizi Upin & Ipin Minta Maaf

Gara-Gara Tersalah Cakap, Fizi Dari Upin & Ipin ‘Diserang’ Netizen Indonesia Dan Malaysia