Pada hari Sabtu yang lalu, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Serdang dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah melaksanakan operasi bersepadu di Pasar Borong Selangor, Seri Kembangan.

Ketika operasi dijalankan, ramai warga asing berjaya meloloskan diri sebelum anggota pihak berkuasa tiba. Menurut peniaga-peniaga di pasar borong itu, para warga asing tersebut seperti sudah mengetahui operasi itu sehingga sempat untuk melarikan diri.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut laporan Sinar Harian, peniaga warga asing kelihatan muncul kembali meneruskan perniagaan mereka seperti biasa. Secara tidak langsung, situasi tersebut menzahirkan rasa kurang senang dalam kalangan peniaga tempatan yang sudah lama berniaga di sana.

Bukan itu sahaja, ramai pengunjung turut meluahkan rasa bimbang berurusan dengan peniaga warga asing di sana. Malah, ada juga yang pernah dimarahi peniaga apabila tidak membeli barangan jualan mereka selepas membuat pilihan barangan.

Lantaran itu, para peniaga berharap pihak pengurusan akan mengambil tindakan segera dan mencontohi kaedah yang digunakan di Pasar Borong Selayang, di mana peniaga warga asing tidak dibenarkan untuk berniaga sama sekali.

Walaupun pihak berkuasa telah menjalankan tugas mereka tetapi masih tidak membanteras isu warga asing berniaga di Pasar Borong Selangor. Apa pendapat anda akan isu ini?

Sementara itu, kami kongsikan beberapa artikel yang sedang ‘trending’ di The Vocket pada pautan di bawah.

Barang Pecah Dan Salahkan Syarikat Kurier, Netizen ‘Sekolahkan’ Pembeli Tuduh Tidak Berasas

‘Boss Susu’ Jawab Isu Pegangan Saham Yang Kecil Bersama Syarikat Tenusu

Netizen Kongsi Pengalaman Pahit Berurusan Dengan Laman ‘Streetwear’ Tempatan

Sumber