Kes penipuan atas talian makin meningkat dan ramai rakyat Malaysia dilaporkan telah menjadi mangsa penipuan.

Terbaharu, seorang pengguna Twitter @KalifPoi23 telah berkongsi isu peniaga menjual Lotus Biscoff di Instagram yang bertindak menipu para pelanggannya. Ramai yang tertipu dengan peniaga tersebut sehingga mengalami kerugian mencecah ribuan ringgit.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Menurut Amirul yang juga merupakan mangsa, peniaga tersebut yang dikenali sebagai Sara menjual Lotus Biscoff di Instagram ‘allaboutbiscofftaste’ bertindak mengambil pra-tempahan dan deposit penuh daripada para pelanggan lalu ‘menghilangkan’ diri selepas mendapat bayaran.

Tambahnya, peniaga tersebut ‘target’ pembuat kek dan menawarkan harga yang jauh lebih murah berbanding berbanding harga semasa. Malah, ramai pelanggan yang tertipu dengan peniaga tersebut telah membuat laporan polis dan membuat tuntutan tribunal.

Ketika ini, peniaga tersebut masih bergiat aktif menjual dengan menggunakan Instagram sebagai medium jualan.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata mangsa berkongsi tangkap layar perbualan dan taktik penipuan yang dilakukan peniaga tersebut sehingga menyebabkan kerugian.

https://twitter.com/adilahwahidd/status/1405019887530033152

Lantaran itu, rata-rata mangsa mahu orang ramai berhati-hati agar tidak tertipu dengan peniaga Lotus Biscoff tersebut dan menyebarkan hal ini. Pastikan anda selidik dahulu sebelum membeli barangan secara atas talian agar tidak menjadi mangsa penipuan.

Tahukah anda bahawa ada wanita yang membeli iPhone 12 Pro Max secara ‘online’ tetapi menerima sekotak jus epal? Klik pautan di bawah untuk ketahui lebih lanjut.

Beli iPhone 12 Pro Max Secara Online, Wanita Ini ‘Tertipu’ Hanya Terima Sekotak Jus Epal

Kenali Charles Ingram, Lelaki Yang Menipu Untuk Menang ‘Who Wants To Be A Millionaire’