Sejak 24 jam yang lalu hangat diperkatakan di media sosial tentang cadangan dikemukakan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) untuk mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal di negara ini.

Cadangan itu pada semalam diterbitkan di satu laporan muka hadapan akhbar tempatan dan kemudiannya mengundang pelbagai reaksi dalam kalangan netizen dan juga pihak kerajaan.

IMG_0539 2
HYPE
HUAWEI WATCH FIT Dan FreeLace Pro, Dua Gadget Terbaru Yang Anda Perlu Dapatkan Untuk Melengkapkan Aktiviti Sukan Anda
Baca lagi →

Utusan Malaysia, 16 September 2020 – “MIROS sedang mengkaji keperluan lesen dan nombor plat untuk basikal memandangkan…

Posted by MIROS on Tuesday, 15 September 2020

Turut tidak ketinggalan memberikan ulasan mengenai perkara itu adalah pelumba basikal kebangsaan Azizulhasni Awang yang menulis dengan panjang lebar dalam satu hantaran yang dibuat di akaun Facebook-nya.

Walaupun mengakui idea untuk melesenkan dan menyediakan plat untuk basikal tersebut sebagai cadangan yang bagus, namun beliau menjelaskan ianya sepatutnya menjadi perkara terakhir yang dilakukan.

“Mengenakan lesen dan plat hanyalah akan mengurangkan pengguna basikal.

“Sekarang ni kita nak galakkan rakyat Malaysia berbasikal sebab boleh melahirkan rakyat yang sihat walafiat,” tulisnya.

Tambah beliau lagi aktiviti berbasikal jika diuruskan dengan betul boleh mengurangkan kesesakan lalu lintas dan secara tidak langsung membantu perkembangan ekonomi melalui aktiviti jual beli barangan berkaitan sukan terbabit.

Mengulas lanjut mengenai pelesenan basikal lagi, Azizul berkata rata-rata negara Eropah juga sudah tidak mengguna pakai sistem tersebut walaupun ianya pernah diamalkan suatu ketika dahulu.

“Di Poland dikenakan lesen plat selepas Perang Dunia Kedua sehingga lah akhir 1960an. Di Switzerland pula pernah diguna pakai lesen plate yang dipanggil ‘Velovignette’ tetapi sudah diberhentikan pada tahun 2011.

“Di Jerman juga mereka sudah berhenti lesen plate ini lama dahulu kerana ingin menggalakkan rakyat mereka ‘mengayuhkan kebasikalan’ itu. Di Toronto, Canada ada di bincangkan idea ini pada tahun 1984, 1992 dan terkini 1996 tetapi tidak diterima ramai kerana ianya tidak efektif,” jelas beliau.

Justeru itu beliau berkata walaupun cadangan untuk pelesenan dan pendaftaran basikal itu adalah bagus namun masih banyak idea yang perlu dan boleh diaplikasikan terlebih dahulu demi menjaga keselamatan penunggang basikal.

Antara cadangan yang diberikan pemenang pingat gangsa Sukan Olimpik dalam acara berbasikal itu adalah termasuk mengadakan perbincangan antara pihak terbabit, mengadakan lebih banyak kempen kesedaran serta mencontohi infrastruktur yang dibina negara lain dalam mengembangkan aktiviti berbasikal di negara mereka.

・・・Assalamualaikum..Ramai yang mintak saya komen pasal cadangan basikal perlu lesen dan plat ini. Saya cuba…

Posted by Azizulhasni Awang on Wednesday, 16 September 2020

Baca juga perkongsian sebelum ini mengenai basikal The Pocket Rocket Man berharga sehingga RM300,000 yang sepatutnya digunakan di Olimpik 2020 di pautan di bawah. 

Harga Cecah RM300,000, Ini Jentera Yang Bakal Digunakan Azizulhasni Untuk Olimpik 2020

Azizulhasni Menang Pingat Gangsa Acara Keirin Di Olimpik Rio 2016

Biarpun Bertubuh Kecil, Ini 4 Perkara Boleh Dipelajari Daripada Azizulhasni Awang Pocketrocketman

Anda Mungkin Suka