Umum tahu, Al Jazeera pada bulan ini telah mencetuskan kontroversi buat negara Malaysia setelah menayangkan dokumentari Locked Up in Malaysia’s Lockdown yang sekaligus membangkitkan kemarahan rakyat Malaysia. Pihak Al Jazeera turut didakwa FINAS kerana tidak mendapatkan lesen sebelum penggambaran.

Sehubungan dengan isu yang berlaku, Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Saifuddin Abdullah pada hari ini telah mengesahkan kesemua jenis penggambaran filem di dalam negara perlu mendapatkan lesen daripada FINAS terlebih dahulu.

DATUK SAIFUDDIN ABDULLAH
Sumber: Bernama

Difahamkan permohonan lesen FINAS ini turut merangkumi video pada platform media sosial seperti Instagram Live dan TikTok. Dalam erti kata lain kesemua penghasil konten atau vlogger di YouTuber perlu memohon lesen daripada FINAS sebelum melakukan penggambaran filem.

Berdasarkan perkara kedua akta yang dikeluarkan, filem ditakrifkan sebagai filem cerita, filem pendek, filem kecil iklan, dokumentari, treler, dan sebarang jenis rakaman imej bergerak berbunyi ataupun tidak menggunakan pita video atau ceper video.

Finas-Benama-051218
Sumber: Bernama

Menurut laman web FINAS, pemohon perlulah terdiri pemilik syarikat serta mempunyai modal berbayar tidak lebih daripada RM50,000. Anda boleh ketahui lebih lanjut mengenai syarat yang ditetapkan FINAS dengan klik di sini.

Kemas kini: Menerusi kenyataan rasmi terbaru yang dikeluarkan pihak Kementerian Komunikasi dan Multimedia, lesen FINAS tidak diperlukan untuk menggunakan aplikasi media sosial di Malaysia.

Ikuti lebih lanjut mengenai dokumentari yang dikeluarkan Al Jazeera dalam memburukkan Malaysia.

Laporan Salah Al Jazeera Bangkitkan Kemarahan Rakyat Malaysia

Kembali Pertahankan Malaysia, Lelaki Ini Jelaskan 15 ‘Kesalahan’ Al Jazeera Dalam Video Berat Sebelah Mereka

Al Jazeera Risau Keselamatan Pekerja Mereka Di Malaysia Selepas Dokumentari Tular