Tindakan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menggantung operasi Angkasa Event Space disebabkan lesen hiburan yang berharga RM77,000 adalah tidak munasabah dan tidak adil, tambahan pula dikenakan kepada peniaga kecil yang banyak bergerak secara mandiri.

Mohd Zulhelmie Zillifan, atau lebih dikenali sebagai Elmi, pengasas bersama tempat itu berkata kepada Getaran bahawa mereka yang ingin membuka ruang seperti ini perlu membayar deposit RM50,000 dan RM27,000 untuk mendapatkan lesen hiburan.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Tambah Elmi lagi, bukan sahaja Angkasa yang alami tekanan akibat kos lesen yang tinggi, ruang acara lain juga mengalamai masalah yang sama dengan kos yang tidak munasabah yang dikenakan ke atas ruang kecil.

DBKL sebelum ini telah menggantung operasi Angkasa, ruang muzik secara langsung yang telah menjadi tempat tumpuan untuk senario muzik bebas di Malaysia, disebabkan isu membabitkan lesen hiburan.

Penutupan itu dibuat pada Ahad lalu selepas pihak berkuasa menyerbu premis yang terletak di Bandar Sri Permaisuri, Cheras mengunci pintu dan menutup premis itu ketika tempat itu bakal menganjurkan persembahan yang menampilkan artis hip-hop.

Ramai yang beranggapan bahawa pihak berkuasa tidak sepatutnya menganggap ruang Angkasa seperti kelab malam, sambil menambah bahawa deposit RM50,000 itu sepatutnya dibelanjakan untuk aktiviti sokongan yang melibatkan artis muzik tempatan.

Di dalam ciapannya, Elmi berkata bahawa DBKL telah mengeluarkan kompaun RM50,000 dan ia boleh dikurangkan separuh jika pihak Angkasa membuat rayuan. Walau bagaimanapun, jumlah itu masih terlalu tinggi untuk mendapatkan kembali tempat tersebut.

Selain itu, beberapa pengguna maya di Twitter turut menyatakan sokongan kepada ELmi dan Angkasa. Mereka beranggapan, apa yang dibuat pihak DBKL adalah naif dan tidak munasabah untuk ruang kecil.

Penulis lirik Pelukan Angkasa nyanyian Sekumpulan Orang Gila dan Shila Hamzah, Fazleena Hishamuddin berkata bahawa penutupan Angkasa adalah kesan daripada undang-undang yang dibuat dengan tidak adil sehingga memberi kesan kepada orang seni di Malaysia.

Bagi penyanyi kumpulan Margasatwa, Kimal berkata bahawa isu ini perlu dibincangkan di Dewan Rakyat kerana undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa adalah menyusahkan dan tidak akan memajukan industri muzik di Malaysia.

Bagi ruang Merdekarya pula, pihak berkuasa tempatan seharusnya mewujudkan kategori pelesenan dan pencukaian “Lesen Premis Seni”, dengan kadar lesen yang setimpal dengan jenis perniagaan yang bukan mengejar keuntungan.

Selain itu, sebagai tanda solidariti kepada Angkasa, LUAS bakal merancang untuk mengadakan konsert sambil mengutip derma bagi membantu Angkasa yang kini dikenakan saman RM50,000 daripada DBKL.

Beberapa artis tempatan sudah menyatakan minat mereka untuk menjayakan konsert ini bagi membantu Angkasa.

Pandangan aku tentang Indie, mungkin sewajarnya anda juga tukar persepsi atas faktor ini. Rujuk pautan di bawah untuk membaca.

Pandangan Aku Tentang Indie. Mungkin Sewajarnya Anda Juga Tukar Persepsi Atas Faktor Ini

Pikiran Dan Perjalanan Jadi Taruhan Barasuara Di Nusanta-Rocks 2019

Bahang Anugerah Lagu Indie Mula Terasa, Tonton 12 Lagu Rebut Gelaran Juara