Pihak Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) telah mengemaskini senarai pasukan yang telah lulus lesen AFC untuk beraksi dalam saingan AFC Champions League dan juga AFC Cup 2018.

Berdasarkan kemaskini terbaru itu, Malaysia hanya mempunyai 3 pasukan yang layak beraksi dalam AFC Champions League iaitu Johor Darul Ta’zim, Selangor FA dan Pahang FA.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

21192875_1929265800680492_7323749464498045678_n

AFC juga ada menyatakan bahawa hanya 5 buah pasukan dari Malaysia yang memohon untuk memiliki lesen AFC, namun hanya 3 buah pasukan diatas sahaja yang diluluskan.

Senarai Penuh Penerima Lesen AFC Champions League 2018

J.League muncul sebagai liga yang mempunyai lesen kelab AFC paling banyak di Asia dengan 47 buah kelab dari 3 divisyen utama berada dalam senarai pasukan yang memegang lesen kelab AFC.

Diikuti oleh Korea Selatan (20 pasukan), China (18 pasukan) dan Uzbekistan (13 pasukan).

Dari negara-negara ASEAN pula, Thailand mendahului carta apabila 8 buah kelab mereka memegang lesen kelab AFC diikuti oleh Singapura (6 pasukan), Vietnam (5 pasukan), Indonesia (5 pasukan), Filipina (4 pasukan), Myanmar (3 pasukan) dan Malaysia (3 pasukan).

21149956_1559429394117749_3697778927355806080_n

Berikut adalah senarai penuh pasukan yang mempunyai lesen untuk beraksi dalam kejohanan AFC Champions League 2018.

Australia (8 pasukan):

  • Brisbane Roar FC
  • Central Coast Mariners
  • Melbourne City FC
  • Melbourne Victory
  • Newcastle Jets
  • Perth Glory
  • Sydney FC
  • Western Sydney Wanderers

Bahrain (1 pasukan):

  • Al Malkiya Club

China (18 pasukan):

  • Guangzhou Evergrande FC
  • Changchun Yatai FC
  • Shanghai SIPG FC
  • Shanghai Greenland Shenhua FC
  • Hebei China Fortune FC
  • Henan Jianye FC
  • TianJin Quanjian FC
  • Jiangsu Suning FC
  • Shandong Luneng FC
  • Tianjin TEDA FC
  • Guangzhou R&F FC
  • Yanbian Fude FC
  • Guizhou Hengfeng Zhicheng FC
  • Liaoning FC
  • Beijing Sinobo Guoan FC
  • Beijing Renhe FC
  • Chongqing Dangdai Lifan FC
  • Dalian Yifang FC

Hong Kong (2 pasukan):

  • Kitchee
  • Eastern Long Lions

India (2 pasukan):

  • JSW Bengaluru
  • Aizawl FC

Indonesia (5 pasukan):

  • Persija Jakarta
  • Persib Bandung
  • Arema FC
  • Madura United
  • Bali United

Iraq:

  • Tiada

Iran (7 pasukan):

  • Persepolis FC
  • Gostaresh Foolad FC
  • Esteghlal Tehran FC
  • Foolad Khoozestan FC
  • Teraktorsazi Tabriz FC
  • Saipa FC
  • Zobahan FC

Japan (47 pasukan):

  • Hokkaido Consadole Sapporo
  • Yokohama FC
  • Gainare Tottori
  • Vegalta Sendai
  • Shonan Bellmare
  • Fagiano Okayama
  • Montedio Yamagata
  • Ventforet Kofu
  • Sanfrecce Hiroshima
  • Kashima Antlers
  • Matsumoto Yamaga F.C.
  • Renofa Yamaguchi FC
  • Mito Hollyhock
  • AC Nagano Parceiro
  • Kamatamare Sanuki
  • Tochigi SC
  • Albirex Niigata
  • Tokushima Vortis
  • Thespakusatsu Gunma
  • Kataller Toyama
  • Ehime FC
  • Urawa Reds
  • Zweigen Kanazawa
  • Avispa Fukuoka
  • Omiya Ardija
  • Shimizu S – Pulse
  • Giravanz Kitakyushu
  • JEF United Chiba
  • Jubilo Iwata
  • Sagan Tosu
  • Kashiwa Reysol
  • Nagoya Grampus
  • V-Varen Nagasaki
  • F.C. Tokyo
  • FC Gifu
  • Roasso Kumamoto
  • Tokyo Verdy
  • Kyoto Sanga F.C.
  • Oita Trinita
  • FC Machida Zelvia
  • Gamba Osaka
  • Kagoshima United FC
  • Kawasaki Frontale
  • Cerezo Osaka
  • FC Ryukyu
  • Yokohama F-Marinos
  • Vissel Kobe

Jordan (2 pasukan):

  • Al Faisaly
  • Al Wehdat

Korea Selatan (20 pasukan):

  • Jeonbuk Hyundai Motors F C
  • Gwangju FC • Jeju United FC
  • Gyeongnam FC
  • Ulsan Hyundai FC
  • Busan I’Park FC
  • Suwon Samsung Bluewings FC
  • Seongnam FC
  • FC Seoul
  • Bucheon FC 1995
  • Gangwon FC
  • FC Anyang
  • FC Pohang Steelers
  • Suwon FC
  • Daegu FC
  • Seoul E -Land FC
  • Jeonnam Dragons FC
  • Ansan Greeners FC
  • Sangju Sangmu FC
  • Daejeon Citizen FC
  • Incheon United FC

Kuwait:

  • Tiada

Lebanon:

  • Tiada

Malaysia (3 pasukan):

  • Johor Darul Ta’zim
  • Selangor FA
  • Pahang FA

Myanmar (3 pasukan):

  • Shan United FC
  • Yangon United FC
  • Yadanarbon FC

Filipina (4 pasukan):

  • Ceres Negros FC
  • Global Cebu FC
  • Kaya FC-Makati
  • FC Meralco Manila

Qatar (5 pasukan):

  • Al Duhail
  • Al Sadd
  • Al Rayyan
  • Al Gharafa
  • Umm Salal

Arab Saudi (5 pasukan):

  • Al-Hilal
  • Al-Ahly
  • Al-Fateh
  • Al-Faisaly
  • Al-Qadysiah

Singapura (6 pasukan):

  • Balestier Khalsa FC
  • Geylang International FC
  • Home United FC
  • Hougang United FC
  • Tampines Rovers FC
  • Warriors FC

Syria:

  • Tiada

Thailand (8 pasukan):

  • Buriram United
  • Chonburi
  • SCG Muangthong United
  • Ratchaburi Mitr Phol
  • Bangkok United
  • Sukhothai
  • Bangkok Glass
  • Chiangrai United

UAE (9 pasukan):

  • Al Jazira
  • Al Dhafra
  • Al Wasl
  • Sharjah
  • Al Ain
  • Emirates
  • Al Wahda
  • Baniyas
  • Al-Nasr

Uzbekistan (13 pasukan):

  • Lokomotiv (Tashkent)
  • Mash’Al (Mubarek)
  • Nasaf (Karshi)
  • Olmalyk (Almalyk)
  • Pakhtokor (Tashkent)
  • Metallurg (Bekabad)
  • Bunyodkor (Tashkent)
  • Dinamo Plus (Samarkand)
  • Bukhara FC (Bukhara)
  • Neftchi (Fergana)
  • Kokand-1912 (Kokand)
  • Sementchi (Kuvasai)
  • Navbahor Lochinlari (Namangan)

Vietnam (5 pasukan):

  • Ha Noi
  • FLC Thanh Hoa
  • Than Quang Ninh
  • SHB Da Nang
  • Song Lam Nghe An

Apa Yang Terjadi Kepada PKNS FC?

Menurut kemaskini dari oleh laman media sosial rasmi PKNS FC pada 30 Ogos 2017, mereka secara rasmi memberitahu telah menerima kelulusan lesen kelab AFC/FAM, yang membolehkan pasukan bertanding di Liga Super dan pertandingan anjuran AFC (jika layak) pada musim hadapan.

Namun, berdasarkan pengumuman rasmi oleh AFC semalam, PKNS FC tidak tersenarai dalam pasukan yang telah lulus lesen kelab AFC, dan ini menimbulkan tanda tanya kepada ramai peminat bola sepak Malaysia, khususnya penyokong PKNS FC.

FAM adalah pengeluar lesen ini untuk semua kelab di Malaysia dan FMLLP hanya bertindak sebagai ‘administrator’ dalam perkara ini.

Jadi untuk penjelasan perkara ini, FAM perlu tampil memberikan penjelasan kenapa PKNS FC tiada dalam senarai kelab yang lulus lesen kelab AFC seperti yang dikeluarkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) semalam.