Minggu lalu kecoh apabila dikhabarkan Menteri Belia Sukan, Syed Saddiq memilih Numan Afifi sebagai salah seorang pegawai akhbar untuk Syed Saddiq. Namun Syed Saddiq menafikan perkara berkenaan dan menegaskan, beliau masih belum memilih sesiapa pun untuk jadi pegawai akhbar bagi dirinya.

Hunter Killer Photo
HYPE
Misi Menyelamat Penuh Debaran Dalam ‘Hunter Killer’
Baca lagi →

Menurut laporan daripada Astro Awani, Numan Afifi meletak jawatan sebagai pegawai akhbar sementara Menteri Belia dan sukan kerana menyifatkan kecaman dan ancaman yang diterimanya membuatkan beliau tidak lagi boleh memberi komitmen kepada jawatan yang bakal disandang.

Saya telah mengambil keputusan untuk hanya menolong sahabat saya, saudara Syed Saddiq sebagai Pegawai Akhbar sementara…

Posted by Numan Afifi on Sunday, 8 July 2018

“Saya berhasrat untuk mengulang dan menegaskan kenyataan YB Menteri bahawa setakat ini belum ada sebarang perlantikan rasmi di Pejabat Menteri. Menjawab mengenai isu beberapa nama yang tertera di laman web rasmi Kementerian, saya dimaklumkan terdapat unsur-unsur sabotaj dan siasatan dalam sedang dijalankan,” kata Numan.

Bagi yang mungkin tidak pernah dengar nama Numan sebelum ini, tahun lalu Numan berdepan kontroversi apabila beliau mengetuai Pelangi Campaign menganjurkan majlis berbuka puasa untuk golongan LGBT tahun lalu.

Pelantikan ini mencetuskan kritikan banyak pihak yang mendakwa Numan memperjuangkan hak LGBT menjadikan beliau tidak sesuai untuk dilantik sebagai kakitangan kementerian.

Di Twitter pula, reaksi bercampur timbul membincangkan isu ini. Ada yang tidak bersetuju dengan cara Syed Saddiq menangani isu ini. Jika tidak mahu isu seperti ini timbul sejak dari awal, mengapa perlu ‘lantik’ Numan sebagai pegawai akhbar? Ramai yang bersimpati terhadap Numan yang perlu melepaskan jawatan beliau selepas dikecam.

Dalam isu ini, siapa sebenarnya yang perlu dipersalahkan? Semoga Syed Saddiq lebih berhati-hati dalam membuat keputusan penting bagi mengelakkan perkara seperti ini berulang di masa akan datang.

BACAAN SETERUSNYA

© 2018 Vocket Media Sdn Bhd (1173405-W), a part of Media Prima Group