Setahun yang lepas pemuda ini masih merupakan seorang eksekutif di ibu pejabat Bank Rakyat yang merupakan syarikat ke-6 selepas 7 tahun dia bekerja.

Sebelum ini, dia berkhidmat sebagai Penganalisa Hartanah di Rahim & Co, Penganalisa Data di Malaysia Airports Holdings Berhad dan syarikat penerbangan Firefly dengan kelulusan bidang statistik dari UPM (2008).

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Pada 30 November 2015, Wan Hairul Azzuan, 30 tahun, telah mengambil keputusan untuk berhenti kerja 24 jam bagi memberi fokus kepada Terapi.my.

Validate Idea Terapi.my

Validation dilakukan sewaktu dia masih makan gaji dengan mengujinya dengan rakan-rakan sekerja. Pada September 2015, Wan Hairul setup satu team untuk siapkan Minimal Viable Product (MVP) untuk Terapi.

Untuk buktikan lagi idea ini boleh cari makan ke tak, dia cuba hantar idea ini pada program SUPERB anjuran TERAJU. Dengan keyakinan yang tinggi, dia hantar surat letak jawatan selepas dapat email Teraju yang menyatakan Terapi.my layak ke peringkat seterusnya.

Idea Terapi.my

Idea Terapi.my muncul ketika dia tercari-cari perkhidmatan urutan selepas bersalin untuk isteri telah dibentangkan dalam program Skim Usahawan Permulaan Bumiputera dan berjaya memenangi geran perniagaan sebanyak RM500,000 daripada TERAJU.

Dengan kerjasama 4 orang rakan rapat sebagai pengasas bersama dan 2 pekerja, idea Terapi.my direalitikan dengan menggunakan duit kemenangan tersebut.

Mereka ialah Ahmad Saufwan Sazali (System Director), Ahmad Fauzan Azini (Tech Director), Akmal Hakim Abdul Khalik (Design Director) dan Noor Farah Ezwa Razali (Marketing Director) bersama 2 pekerja, Khairul Hafiz dan Azam Azri.

Selepas tempoh 6 bulan proses pembangunan sistem dan kerjasama dengan agensi kerajaan dilakukan, pada 16 September 2016, Terapi.my dilancarkan.

Fungsi Terapi.my

Terapi.my berfungsi menghubungkan tukang urut yang mempunyai Sijil Kemahiran Malaysia (perubatan alternatif) yang dikeluarkan oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran Malaysia (JPK) dengan pelanggan yang memerlukan mereka.

Penekanan konsep bisnes “Uberification” penting dalam startup ini kerana mereka bertanggungjawab membekalkan tukang urut ke rumah pelanggan. Jadi, perlu mengambil kira sudut keselamatan dan keselesaan pelanggan.

Terapi.my juga sedang bekerjasama dengan MDEC melalui program eRezeki bagi membuka peluang pekerjaan kepada orang ramai yang berminat untuk menjadi juruterapi bagi menjana pendapatan mereka.

Pengalaman Sertai Aktiviti Luar Negara

Wan Hairul dan Akmal Hakim dipilih menyertai program e@Stanford anjuran MaGIC pada Ogos 2016 lalu bersama 20 startup lain ke San Francisco selama 2 minggu.

Di sana, mereka mengikuti kelas keusahawanan yang diajar oleh pakar-pakar dari Stanford University dan berpeluang melawat pejabat Facebook, Google, Pinterest dan lain-lain lagi.

Selesai program tersebut, Terapi.my yang diwakili Farah Ezwa mengikuti program Tech In Asia Tokyo 2016 bagi mempromosikan servis yang ditawarkan oleh Terapi.my.

Sambutan dan maklumbalas sangat positif sehingga ada sekumpulan usahawan Jepun menjemput mereka membuka perkhidmatan Urutan Melayu di Jepun.

Pulang dari Jepun, kami tersenarai di dalam Top 60 Alliance Bank SME Innovation Challenge 2016.

Menyesal Sepanjang Buat Terapi.my

Menurut Wan Hairul, dia ambil masa terlalu lama untuk launch Terapi. Mungkin sebab dah lama kerja dengan korporat, dia jadi kemaruk nak laman sesawang yang lawa siap ada payment gateway.

Akhirnya kebanyakan pelanggan tempah servis melalui WhatsApp dan Facebook. Pelanggan juga ramai yang membayar melalui mesin duit CDM dan ATM.

Jadi, dia menyesal kerana tunggu sempurna baru nak jalankan startup. Kesannya, dia telah membazirkan masa, duit dan tenaga. Sepatutnya buat sikit demi sikit improve website.

Tip Buat Startup

1. Buat startup yang memang orang nak guna servis/produk startup itu, bukan sebab anda seorang saja yang nak guna.
2. Cari team member yang boleh penat sama-sama untuk grow startup tu. One man team memang selalunya fail.
3. Validate idea yang ada. Boleh cuba pitch di program MaGIC, nama Chill or Grill dan take note komen pengadil.
4. Bagi dana permulaan, anda buat MVP dulu. Kemudian cuba mohon dana pada agensi-agensi kerajaan.
5. Banyakkan pergi event startup untuk dapat ilmu dan bina networking. Boleh periksa di Peatix dan Eventbrite.

Berdasarkan pengalaman pengasas Terapi.my ini, kita tidak perlu cari idea startup sampai macam nak buat roket. Idea servis Tukang Urut sebegini pun boleh jadi startup. Yang penting tahu potensinya untuk berkembang dalam negara dan luar negara.

Jika anda ada idea, tidak perlu tunggu esok untuk jayakannya. Mulakan hari ini.