Adakah anda pernah mengalami situasi dimana anda tidak boleh keluar dari parkir kerana ada kedai makan sudah ‘block’ kereta anda dengan meletakkan meja dan kerusi?

Inilah apa yang terjadi kepada pemilik Myvi dimana keretanya tidak boleh keluar apabila kedai makan telah meletakkan meja dan kerusi tambahan di kawasan parkir lot sehingga ‘block’ keretanya.

Baca Juga:

Bukan itu sahaja, kereta Myvi tersebut juga didapati telah calar dipercayai disebabkan perbuatan khianat pihak kedai. Kejadian dipercayai berlaku di kawasan Chow Kit.

Perkongsian tersebut telah meraih perhatian orang ramai dan rata-rata netizen telah memberikan pelbagai reaksi melihat situasi terbabit yang dilihat tidak sepatutnya berlaku.

https://twitter.com/irealronnie/status/1622626788043296769

Bukan itu sahaja, segelintir netizen mengecam tindakan pemilik restoran yang pacak khemah diluar kawasan kedai dan meletakkan kerusi di atas kereta tersebut serta meletakkan meja makan di kawasan parkir.

Rata-rata netizen menuntut agar pihak berkuasa mengambil tindakan kepada kedai makan tersebut dan difahamkan bahawa pemilik kereta Myvi itu telah memberitahu kepada pemilik kedai bahawa pihak kedai telah melakukan perbuatan khianat kerana keretanya calar.

Susulan itu, pemilik Myvi itu dikatakan akan membuat laporan polis dan juga membuat aduan kepada pihak berkuasa tempatan berhubung isu yang berlaku tersebut.