Sudah menjadi kebiasaan bagi orang ramai untuk berbuka dengan minuman yang sejuk dan menyegarkan. Hal ini turut membuka peluang kepada peniaga bazar Ramadan dalam menawarkan seleksi minuman air balang yang unik serta menarik perhatian ramai.
Di sebalik keunikan yang cuba ditampilkan, tular sebuah perkongsian menerusi TikTok @surishaha89 yang memperlihatkan peniaga ini bukan sahaja menawarkan pelbagai air balang, malah turut meletakkan sekali tin susu dalam balang tersebut.
Baca Juga:
- Anda Selalu Boros? Ini Tip Berbelanja Khas Untuk Kaki Shopping
- Orang Muda Lebih Suka Beli Kereta Berbanding Rumah Untuk Bergaya
- Lelaki Ini Dedah Mengapa Kedai Motosikal Lebih Suka Pembeli Buat ‘Loan’ Berbanding Beli Tunai
@surishaha89 Nenek dah pesan #bazarramadan #bazarramadhan #ramadhan2023 #airbalang #puasaramadhan
Meskipun diyakini manis dan pekat, para netizen nampaknya agak risau dengan penggunaan gula yang tinggi dalam setiap minuman yang ditawarkan. Lebih mengejutkan, peniaga ini telah meletak sehingga 9 tin susu bagi sesebuah air balang.
Tidak kurang juga yang turut mempertikaikan faktor kebersihan tin susu yang diletakkan dalam balang bersama ais dan air. Berikut merupakan respon netizen terhadap ‘keunikan’ air balang yang ditawarkan ini.
Sementara itu, dari segi faktor kesihatan, orang ramai dinasihatkan untuk berbuka puasa dengan kurma atau air kosong yang sekaligus lebih menyihatkan badan berbanding minum air yang mengandungi jumlah gula yang tinggi sebaik sahaja berbuka.