Ternyata robot transformers bukan lagi sekadar fiksyen di dalam filem sahaja, idea untuk mencipta robot kereta ini benar-benar wujud. Diilhamkan dari imaginasi, kini ada boleh lihat sendiri bagaimana rupa bentuk robot transformers ini dalam dunia sebenar. Awesome!

Bila disebut sahaja ‘transformers’, tentunya anda akan terbayang sebuah kereta canggih bertukar menjadi robot gergasi. Ya! Ini mungkin pengaruh kuat dari filem transformers arahan Michael Bay.

Tidak mustahil dalam dunia serba canggih hari ini untuk kereta bertukar menjadi sebuah robot. Perkara ini sudahpun direalisasikan oleh sekumpulan jurutera kreatif dari Turki, Letrons.

Rekabentuk robot ciptaan Letrons ini menampilkan model BMW sebagai watak utama, memang nampak sungguh hebat dan garang! Tambahan pula kesemua robot kereta ini direkabentuk  dalam saiz yang sebenar. Realistik!

Dikawal menggunakan alat kawalan jauh, jika diperhatikan secara teliti ia boleh diibaratkan seperti kereta mainan kawalan jauh yang dijelmakan didalam saiz yang lebih besar dan diubahsuai untuk nampak lebih hebat.

Walaupun ia tidak berfungsi seperti robot Transformers sepenuhnya, ciptaan robot dari Letrons ini cukup mengagumkan. Tidak mustahil jika suatu hari nanti manusia mula mencipta robot-robot berkuasa tinggi yang bakal digunakan untuk perang!

https://www.youtube.com/watch?v=2e6BlH_SP7k

BACA: Robot Transformer Versi Monkey King Di China Ini Nampak Sungguh Hebat

Sumber