Malam semalam, dua butir bom telah menggegarkan Pantai Samila, Songkla yang merupakan kawasan tumpuan pelancong dalam dan luar negara termasuk rakyat Malaysia.

Dikatakan letupan pertama berlaku pada 10 malam semalam (11 malam waktu Malaysia) telah merosakkan patung ikan duyung yang menjadi simbol industri pelancongan di wilayah tersebut. Gabenor Wilayah Songkla, Wiranan Penjang telah mengesahkan bahawa letupan tersebut telah menyebabkan bahagian bawah patungĀ  besi itu terputus dua.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

DvZLL9nUwAE-Url_1545888879

10 minit setelah letupan pertama berlaku, letupan kedua dilepaskan di patung tikus dan kucing di pantai sama yang terletak kira-kira 200 meter dari lokasi patung ikan duyung yang telah rosak itu.

Wiranan telah mengesahkan bahawa tiada sebarang kecederaan yang berlaku termasuk rakyat Malaysia yang berada di sana, dalam kedua-dua kejadian letupan bom itu dan lokasi kejadian akan ditutup kepada pengunjung untuk memberi ruang kepada anggota forensik keselamatan Thailand memeriksa secara lebih terperinci lokasi letupan bom itu.

#RealDeal. Nak dapatkanĀ handphone power 8GB RAM + 128GB Storage? Jom tonton video ini.

Sumber