Malam semalam, gitaris kumpulan rock ternama negara, AG Coco meluahkan rasa kecewa beliau apabila mendapati salah satu lagu kumpulan berkenaan digunakan pihak Levi’s Indonesia tanpa izin.
Melalui tulisannya di Twitter, beliau mempersoalkan mengapa agensi yang menghasilkan iklan Levi’s Ramadan 2019 ini menggunakan lagu mereka tanpa izin ibarat mereka tidak akan ‘kantoi’ di masa akan datang.
depa ni ingat orang taktau kot lagu ni? or agency yg produce ads tu ingat corporate client dia taktau depa rip off lagu orang. https://t.co/eey8HEg212 🤷🏻♂️
— ᴬᴳ (@agcoco) May 17, 2019
Lagu yang digunakan untuk iklan Levi’s Ramadan ini sangat mirip dengan single Obsesi oleh Hujan. Anda boleh dengar sendiri dan buat perbandingan.
Jika dilihat daripada satu sudut, ianya memang satu tindakan yang tidak profesional. Sudahlah guna lagu tanpa izin, kredit kepada penyanyi pun tidak ada.
Namun, pihak Levi’s Malaysia sudah mengeluarkan kenyataan bahawa pihak mereka sudah pun mendapat kebenaran untuk menggunakan lagu tersebut dalam iklan berkenaan.
Hi @agcoco! Not to worry – we certainly have @hujanband's blessing to use "Obsesi" in our #AksimuBerbicara Raya campaign. We obtained the rights to rescore the awesome song from the band especially for the ad. The only rips we wanna give folks are the distressed ones!
— Levi's Malaysia (@LevisMY) May 17, 2019
Persoalannya, bagaimana ahli kumpulan Hujan sendiri tidak mengetahui lagu mereka digunakan oleh Levi’s untuk kegunaan komersial? Mungkin Levi’s sudah mendapat lampu hijau daripada label muzik kumpulan Hujan dan AG Coco tidak diberitahu tentang perkara berkenaan.
Peminat dari Malaysia dan Indonesia ramai yang berpihak kepada kumpulan Hujan dan mahu perkara ini diselesaian dengan cara yang baik.