Ianya satu kerjasama yang unik antara Liverpool dan Levi’s apabila dua pihak ini bersetuju untuk satu kerjasama jangka panjang. Levi’s menjadi jenama denim pertama membuat kerjasama seperti ini.

Tiada terma atau tawaran dibuat untuk kerjasama ini tetapi ianya akan memfokuskan kepada inisiatif Levi’s Music Project untuk mengangkat karya seni dan muzik terutamanya di Liverpool Lighthouse, Anfield dan festival muzik Sound City.

Levis’s Music Project Studio akan bermula November ini manakala Sound City Festival akan berlangsung pada bulan Mei 2019. “Dengan sejarah hebat bandar ini untuk muzik, komuniti Liverpool FC yang sentiasa memberi sokongan, memberi semula kepada penduduk Liverpool dengan Levi’s Music Project adalah gabungan yang baik untuk kami menghargai partner terbaru kami ini,” kata VP Levi’s Eropah Utara, Richard Hurren.

Jika sudah ada kerjasama, pastinya akan ada koleksi khas yang akan dihasilkan oleh Levi’s sedikit masa lagi. Nampak gaya, Liverpool FC akan jadi lebih cool dan bergaya selepas ini.