Sekiranya anda sedang mencari pakaian baharu untuk dipakai bagi tujuan rentas negeri selepas Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) diperkenalkan 10 Jun yang lalu, anda mungkin boleh singgah cawangan Levi’s Malaysia terlebih dahulu.

Untuk tempoh masa terhad (dari 12 Jun hingga 14 Jun), Levi’s menawarkan promosi diskaun untuk seluar jeans dan baju terpilih sehingga 70% di hampir semua cawangannya di Malaysia.

HYPE
‘Adakah Raya Masih Sama?’ – Iklan Raya Ini Kongsi Persoalan Menantu Bila Pertama Kali Beraya Dengan Mentua!
Baca lagi →

Anda boleh membeli sepasang seluar Levi’s 511 pada harga sekitar RM120 sahaja selepas diskaun. Diskaun ini juga berbeza kerana ada model yang lebih diberi diskaun setakat 30% dan 50% sahaja (bergantung kepada musim rekaan tersebut).

Sekiranya anda salah seorang ahli, anda boleh menerima tambahan 10% diskaun bergantung kepada terma dan syarat. Jarang jenama ini buat jualan besar-besaran dan sekiranya anda peminat setia jenama ini, jangan lepaskan peluang untuk membelinya sebelum pulang ke desa.

AirAsia telah mula menjual pas penerbangan unlimited Cuti-Cuti Malaysia bernilai RM399. Ini tip terbaik untuk guna pas penerbangan ini.

Tawar Promosi Luar Biasa, Ini Tip Dan Trik Guna Pas Penerbangan ‘Unlimited’ AirAsia

adidas Malaysia Tawar Promosi ‘Beli 1 Percuma 1’ Sehingga 26 Mei 2020

Tidak Mahu Rugi Berpanjangan, Zara Bakal Tutup 1,200 Cawangan Di Seluruh Dunia